NATIONAL
#AWANITA: Kaum hawa mendominasi Astro AWANI

Astro AWANI menampilkan penyampai berita wanita hari ini, dari kiri, Khairunnisa Kasnoon, Nursyazwani Saiful Sham, Azyyati Ahmad dan Marlina Manaf. - Astro AWANI
SEMPENA Hari Wanita Sedunia yang disambut setiap tahun pada 8 Mac, kaum hawa akan mengemudi siaran Astro AWANI sepanjang hari ini.
Bagi memperkasakan wanita, Astro AWANI menampilkan penyampai berita wanita bermula seawal jam 6 pagi pada Buletin AWANI dan akan berlanjutan sehingga jam 12 tengah malam.
Hari yang istimewa ini menyaksikan wartawan dan juga pengacara program Style District, Azyyati Ahmad membuat penampilan sulung sebagai penyampai berita.
Selain itu, pembaca berita dan wartawan, Nailah Huda juga akan mengacara program Pilihan AWANI buat pertama kalinya.
Bukan hanya penyampai berita, dari bilik berita ke rakan setugas di belakang tabir, Astro AWANI juga ada wanita-wanita yang gigih menjalankan tugas pada hari ini.
Oleh itu, pastikan anda terus bersama Astro AWANI di saluran 501 dan juga di laman web www.astroawani.com .
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami