awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#AWANIundi: Adakah rakyat bersedia jika PRU15 dilakukan dalam pandemik COVID-19? Ini jawapan netizen..

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
01/10/2020
08:39 MYT
#AWANIundi: Adakah rakyat bersedia jika PRU15 dilakukan dalam pandemik COVID-19? Ini jawapan netizen..
Berdasarkan pungutan suara tersebut, ramai dalam kalangan pembaca Astro AWANI berpendapat bahawa mereka tidak bersedia untuk menempuh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika negara sedang memerangi COVID-19. -Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:SEPERTI yang kita tahu, penularan COVID-19 masih belum berakhir dan Malaysia bukan satu-satunya negara yang giat berusaha untuk membendung dan memerangi virus pembunuh ini daripada terus menular dalam kalangan rakyat.
Akan tetapi, ada segelintir pihak yang berpendapat jika Malaysia ingin memulihkan ekonomi daripada kesan pandemik ini, negara juga memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil.
Dari sudut landskap politik negara, pelaksanaan pilihan raya juga dilihat penting bagi memberikan mandat kukuh kepada kerajaan sebagai salah satu langkah dalam pemulihan Malaysia pasca COVID-19.
Oleh itu, Astro AWANI menerusi platform media sosial Twitter cuba mendapatkan suara rakyat berhubung perkara itu.
Berdasarkan pungutan suara yang dilakukan di laman Twitter pada Rabu, ramai dalam kalangan pembaca Astro AWANI berpendapat bahawa mereka tidak bersedia untuk menempuh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika negara sedang memerangi COVID-19.
Rata-rata, 86.2 peratus daripada 6,344 responden menyatakan mereka tidak sedia jika PRU15 dilaksanakan ketika negara berdepan pandemik COVID-19, sementara sementara 13.8 peratus lagi berpendapat sebaliknya.
#AWANIundi : Adakah anda bersedia untuk menempuh PRU15 ketika negara sedang memerangi COVID-19?
— Astro AWANI (@501Awani) September 30, 2020
Dalam pada itu, ramai pembaca juga turut menyatakan bahawa PRU15 tidak wajar disegerakan.
Sebanyak 73 peratus daripada 20,525 responden menyatakan ‘Tidak’, sekiranya PRU15 dilaksanakan dalam tempoh terdekat, manakala 27 peratus lagi menyatakan ia wajar dilakukan.
#AWANIundi : Wajarkah Pilihan Raya Umum ke-15 disegerakan?
— Astro AWANI (@501Awani) September 30, 2020
Di ruangan komen, ramai yang menyatakan kebimbangan mengenai peningkatan COVID-19 akan melonjak jika PRU15 dilaksanakan.
Jelas Nurnuqman Mazlan [ @nuqmanmazlan3 ], isu politik perlu ditolak tepi dan kerajaan perlu memberi sepenuh perhatian kepada keselamatan dan kebajikan rakyat.
“Isu-isu politik perlu ditolak tepi dan memberi sepenuh perhatian kepada keselamatan dan kebajikan rakyat,” tulis Nurnuqman.
Isu2 politik perlu ditolak tepi dan memberi sepenuh perhatian kepada keselamatan dan kebajikan rakyat
— nurnuqman bin mazlan (@nuqmanmazlan3) September 30, 2020
Malah, kata pengguna Twitter, Nazrin Ahmad [ @imnazrinahmad ], jika PRU15 dilaksanakan dalam masa terdekat, ia akan meletakkan nyawa rakyat dalam bahaya.
“COVID-19 gelombang kedua ini adalah dari jenis virus “super-spreader”. Ia merebak 10 kali lebih cepat dari yang sebelum ini. Jika PRU15 dilaksanakan dalam masa terdekat, ia boleh meletakkan nyawa rakyat sebagai taruhan demi kepentingan diri sendiri dalam berpolitik, tulis Nazrin di laman Twitter.
Covid-19 gelombang kedua ini adalah dari jenis virus super-spreader. maksudnya merebak 10 kali lebih cepat dari yg seblom ni. PRU15 dlm masa terdekat maksudnya meletakkan nyawa rakyat sbg taruhan kepentingan diri sendiri dlm politik.
— Nazrin Ahmad (@imnazrinahmad) October 1, 2020
Selain itu, kata Daniel S. Kang [ @danielkng ], semua pihak perlu mengambil contoh situasi yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.
Jelasnya, banyak kluster baharu mula muncul susulan pilihan raya diadakan dalam situasi pandemik COVID-19.
“Just look at what is happening after the PRN in Sabah. New clusters mushrooming everywhere. Can we control it? Is it the precursor of a 2nd wave?,” tulis Daniel.
Just look at what is happening after the PRN in Sabah. New clusters mushrooming everywhere. Can we control it? Is it the precursor of a 2nd wave?
— Daniel S. Kang (@danielkng) September 30, 2020
Malah, ada yang berpendapat bahawa sebarang keputusan perlu mengambil kira nasihat Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah terlebih dahulu.
“Keputusan biarlah ambil kira nasihat @DGHisham , pada saya sudah tentu TIDAK!,” tulis pemegang akaun #LawanSampaiMenang [ @save_malaysia ].
Keputusan biarlah ambil kira nasihat @DGHisham , sudah tentu TIDAK!
— #LawanSampaiMenang (@save_malaysia) September 30, 2020
Berikut antara komen-komen lain yang sempat kami kumpulkan:
Kenapa politician ni pentingkan diri sgt?
— nisayafatin (@LilyIsNotAtHom1) September 30, 2020
Not now.
— era (@khairunisyahira) September 30, 2020
It will be completely selfish and irresponsible to have a GE now unless you want to do it completely online and remote! Which you will not for sure !
— Rao Murugesh (@RaoMurugesh1) September 30, 2020
Gila apa nak PRU time covid ni. Nak tengok semua orang kena covid ke mcm mana??!!!
— Pipit (@dindaaaaa07) September 30, 2020
Ambil lah pengajaran dr Sabah, sekarng ni kita tengah melawan covid 19, tunggu lah pandemik ni terkawal sepenuhnya klau nk buat PRU, Aku jamin, ramai yg X Kan kluar mengundi klau PRU disegerakan...
— Ismail Bin Jamaludin (@mael893) September 30, 2020
Orang gila je nak PRU semasa COVID19 ni..
— RakyatMarhaén (@imsuaranetizen) September 30, 2020
Topic Berkaitan
#AWANIundi
#Twitter
#media sosial
#pilihan raya
#politik
#kerajaan
#kesihatan
#pilihan raya umum
#rakyat
#keselamatan
#virus
#Malaysia
#koronavirus
#pandemik
#Astro Awani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan