MALAYSIA
Awas akaun TikTok palsu Menteri KDN tawar bantuan kewangan
Pejabat Menteri Dalam Negeri hari ini menafikan kewujudan beberapa akaun TikTok yang menggunakan nama dan gambar Saifuddin kononnya untuk menawarkan bantuan kewangan kepada orang ramai. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Pejabat Menteri Dalam Negeri hari ini menafikan kewujudan beberapa akaun TikTok yang menggunakan nama dan gambar Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kononnya untuk menawarkan bantuan kewangan kepada orang ramai.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu, pejabat beliau menegaskan, akaun-akaun berkenaan adalah palsu dan bertujuan menipu orang awam dengan taktik memperdaya mereka membuat bayaran pendahuluan melalui pautan WhatsApp yang diletakkan di ruangan bio akaun tersebut.
Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa akaun rasmi TikTok milik YB Datuk Seri Saifuddin Nasution adalah menggunakan nama penuh beliau, iaitu SAIFUDDIN_NASUTION.
"Sebaliknya, beberapa akaun palsu yang telah dikesan dan kini disekat oleh TikTok termasuklah akaun bernama Saifuddin_Nasution0, Saifuddin_Nasution1 dan Saifuddin_Nasution12.
"Walaupun tiga akaun itu telah disekat, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan muncul lebih banyak akaun palsu lain pada masa hadapan.
"Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya berhati-hati, tidak mudah percaya dengan sebarang tawaran bantuan kewangan melalui media sosial, dan sentiasa menyemak kesahihan maklumat sebelum mengambil sebarang tindakan," kata kenyataan itu lagi.
Pejabat Menteri Dalam Negeri turut menegaskan, Saifuddin tidak pernah dan tidak akan sesekali meminta bayaran untuk sebarang bentuk bantuan, apatah lagi melalui media sosial.
Sehubungan itu, pejabat menteri juga telah membuat laporan polis telah serta aduan rasmi turut dihantar kepada pihak pengurusan TikTok.
"Dalam masa yang sama, pejabat menteri juga memberi amaran bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam kegiatan penipuan ini.
"Orang ramai dinasihatkan untuk hanya merujuk kepada saluran rasmi media sosial Saifuddin Nasution Ismail bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini," ujar kenyataan itu.

#Menteri Dalam Negeri
#Saifuddin Nasution
#akaun TikTok Saifuddin
#akaun TikTok palsu
#bantuan kewangan