BAGAN SERAI: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memalsukan sijil digital vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata perbuatan penipuan tersebut dipandang serius bahagian penguatkuasaan KKM dan pihak berkuasa lain, yang pastinya akan bertindak bagi membendung perbuatan tidak bermoral itu.
"Menipu adalah perbuatan yang keji dan sepatutnya kita kena jujur dalam urusan sebab itulah timbul macam-macam penipuan termasuk penipuan sijil digital MySejahtera yang dicetak.
"Kita akan siasat. Pastinya bahagian penguatkuasaan KKM akan lebih berhati-hati dalam memastikan dan memeriksa ketulenan sijil vaksinasi," katanya dalam sidang media selepas melawat pusat vaksinasi untuk warga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar Al-Baqir di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat yang mengingatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan kelonggaran syarat prosedur operasi standard (SOP) rentas negeri dan daerah seperti mengemukakan sijil vaksin yang palsu.
Menurutnya, isu penipuan berkaitan sijil vaksinasi ini akan dibawa dalam mesyuarat khas KKM dalam masa terdekat bagi membincangkan kaedah bersesuaian dalam mengelakkan ia berlaku sewenang-wenangnya dan berleluasa di seluruh negara.
Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan kekurangan penerima vaksin di Perak, Dr Noor Azmi menafikan dakwaan itu kerana setakat 8 Ogos, sebanyak 34.4 peratus telah menerima suntikan dos pertama membabitkan 864,249 orang dan 21.9 peratus iaitu 549,262 orang pula telah mendapat dos kedua.
Beliau berkata untuk daerah Kerian sahaja seramai 57,841 orang (29.8 peratus) disuntik dos pertama dan 40,716 orang (21.0 peratus) bagi dos kedua.
Dilapor, Perak antara beberapa negeri yang agak perlahan dalam proses vaksinasi walaupun bekalan vaksin telah diterima dalam kuantiti yang banyak sebelum ini.
Terdahulu, pada majlis itu, seramai 1,500 guru, pekerja sokongan, penguasaha kantin dan pemandu bas menerima suntikan vaksin sebagai persediaan sebelum sesi persekolahan yang akan dibuka secara berperingkat September ini.
"Suntikan untuk guru dan warga sekolah sangat penting bagi mengelakkan risiko penularan pandemik COVID-19 kepada anak-anak yang akan kembali ke sekolah. Ketika ini anak-anak tidak diberikan vaksin, kita hanya bagi vaksin kepada pelajar berumur 18 tahun ke atas yang akan menduduki peperiksaan," katanya.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan pada 17 Julai lepas memaklumkan sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka mulai 1 Sept.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 10 2021
Dr Noor Azmi berkata perbuatan memalsukan sijil digital vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera dipandang serius bahagian penguatkuasaan KKM. - Foto BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Penstrukturan akaun & pengenalan akaun 3 KWSP
Ikuti kupasan penganalisis ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai mengenai penstrukturan akaun KWSP & pengenalan akaun 3.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Niaga AWANI: Airasia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.fernandes, bursa Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, firma swasta dengan 35% pegangan milik
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MOT, KHAZANAH, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB
Jelas Perdana Menteri, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Vincent Tan tak terbabit rundingan lesen kasino Forest City
Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan laporan yang mengaitkan Pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam rundingan berkaitan lesen kasino di Forest City, Johor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: IHPR meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024 berbanding 0.3 peratus pada Februari 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.