awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Awas panggilan, SMS scam daripada individu menyamar sebagai pegawai agensi kerajaan

Kenyataan Media
Kenyataan Media
01/06/2022
10:01 MYT
Awas panggilan, SMS scam daripada individu menyamar sebagai pegawai agensi kerajaan
MCMC ingin menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga.
CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin mengingatkan orang ramai untuk berwaspada dengan panggilan atau sistem pesanan ringkas (SMS) daripada individu atau nombor yang menyamar sebagai pegawai daripada badan agensi kerajaan.
MCMC ingin menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti berikut:
  1. Jangan panik apabila menerima panggilan atau SMS dari nombor yang tidak dikenali. Sebaliknya, bawa bertenang;
  2. Putuskan panggilan dan abaikan SMS tersebut;
  3. Jangan sesekali mengikut arahan pemanggil atau penghantar SMS;
  4. Jangan dedahkan maklumat peribadi anda kepada pemanggil atau penghantar SMS;
  5. Cabar pemanggil berkenaan untuk mengesahkan maklumat;
  6. Tulis butiran pemanggil atau penghantar SMS (merangkumi nombor talian dan nama) bagi tujuan rekod sekiranya diperlukan;
  7. Laporkan panggilan dan SMS tersebut kepada pihak polis untuk tindakan;
  8. Kongsikan juga pengalaman anda dengan keluarga dan rakan, sebagai usaha memberikan kewaspadaan agar mereka tidak menjadi mangsa panggilan dan SMS yang tidak dikenali.
Sekiranya anda telah menjadi mangsa scam, adalah dinasihatkan untuk segera melaporkan kepada pihak polis atau merujuk kepada CCID Scam Response Center di talian 03-2610 1159 atau 03-2610 1599.
Topic Berkaitan
#sindiket penipuan
#scam
#MCMC
#SKMM
#pihak berkuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan