Golongan anti vaksin pelalian di dalam negara ini perlu sedar bahawa gerakan fahaman mengenai bahaya vaksin yang tersebar adalah merupakan sebahagian dari tipu helah dunia digital.
Malah kumpulan ini juga merupakan satu gerakan oleh mereka yang tidak arif mengenai hal perubatan, kata Perunding Pediatrik dan Neonatologi di KPJ Damansara Specialist, Datuk Dr Musa Mohd Nordin.
“Sejak kewujudan vaksin, ia telah menimbulkan banyak persoalan dan tentangan sejak dahulu. Ia bermula semula, apabila pelakon Jenny McCarthy mendakwa vaksin telah menyebabkan anaknya menghidap autisme. Tanpa soal selidik, fahaman anti vaksin ini diambil serta ditokok tambah dengan pencarian yang tidak bertauliah di internet.
“Sedangkan di Denmark sahaja, mereka menggunakan dua juta kanak-kanak untuk mengkaji mengenai autisme yang mana hasil kajian mendapati risiko autisme boleh terjadi kepada kanak-kanak yang divaksin ataupun tidak.
“Malah di internet, jika pencarian mengenai vaksin dibuat, 80 peratus laman sesawang berkenaan ‘anti-vaksin’ akan timbul. Laman ini bukan sahaja memberi fahaman palsu dalam masa yang sama turut mengambil kesempatan menjual produk mereka,” jelasnya.
Usah ragu status halal
Dr Musa yang juga Bekas Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia dalam masa yang sama menasihati agar ibu bapa yang beragama Islam tidak meragui status halal suntikan imunisasi di negara ini.
“Perkara ini telah menjadi perdebatan 20 tahun antara ahli perubatan dan golongan cendikiawan agama. Akhirnya penggunaannya diharuskan oleh Kesatuan Ulama Sedunia.
“Jika Ulama pun sahkan halal, siapalah kita yang mahu menafikannya?” tegasnya yang turut menyatakan bahawa pengambilan vaksin adalah 'darurah' atau dalam situasi darurat.
Bahaya dan risiko tidak vaksin
Dr Musa berkata bahawa kanak-kanak yang tidak mengambil vaksin membawa risiko bukan sahaja kepada bayi terbabit tetapi juga kepada kepada bayi yang belum divaksinasi penuh atau kanak-kanak yang tidak boleh divaksinasi.
Antara kanak kanak yang tidak boleh menerima suntikan vaksin adalah kanak-kanak leukimia dan barah, yang di bawah pengambilan steroid dan ubat anti kanser serta kanak-kanak yang menghidap HIV Aids.
"Mereka yang enggan memberi vaksin kepada anak-anaknya bakal meningkatkan risiko seperti kewujudan semula penyakit yang sudah hilang.
"Pada masa sama, kalau anaknya menghidap demam campak dan bermain dengan anak yang menghidap leukimia, sekiranya berjangkit, anak yang mempunyai leukimia ini boleh meninggal dunia,” katanya.
BACA: Suntikan dos tambahan vaksin 5-serangkai bayi ditunda kepada 24 bulan
Ibu bapa anti vaksin yang sudah insaf
Bagaimanapun mana-mana ibu bapa yang bertukar fikiran dan mahu anak-anak mereka divaksin, masih boleh berbuat demikian pada bila-bila masa.
Dr Musa berkata tiada masalah untuk perkara berkenaan walaupun anak-anak sudah membesar.
“Ibu bapa yang sudah sedar akan tanggungjawab mereka dan sebelum ini tidak pernah mengambil apa-apa imunisasi buat anak-anak mereka, boleh datang ke mana-mana pusat kesihatan.
“Tiada had umur ke atas anak-anak tersebut, jika mereka sudah berusia lima tahun dan ke atas misalnya masih sempat lagi untuk mendapatkan vaksin penuh,” katanya.
BACA: Kedah catat kes penolakan vaksin pelalian tertinggi
Pada Jumaat, Kedah dilaporkan mencatatkan kes penolakan vaksin pelalian tertinggi di negara ini dengan 318 kes dilaporkan pada 2015 berbanding 239 kes pada 2014, kata Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Norhizan Ismail.
Kaji selidik mendapati faktor utama penolakan vaksin di negeri ini ialah meragui status halal vaksin (75.8 peratus), amalan homeopathy (18.6 peratus), tidak percaya kepada keberkesanan vaksin (0.9 peratus), kesan sampingan pada bayi (1.5 peratus), masalah sikap (2.5 peratus) dan masalah kewangan (0.6 peratus).
Azyyati Ahmad
Sat Jun 25 2016
Tiada masalah untuk mengambil vaksin penuh walaupun anak-anak sudah membesar. - Gambar hiasan
Microsoft labur AS1.7b di Indonesia untuk teknologi awan dan AI
Microsoft bakal melabur AS$1.7 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang bagi pembangunan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan di Indonesia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Satya Nadella
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Haiwan turut berisiko hadapi 'strok haba'
Gelombang haba yang melanda seluruh dunia memperlihatkan kesan jelas terhadap alam serta hidupan di muka bumi ini. Di Bangladesh misalnya, pengusaha-pengusaha kedai haiwan mencuba sedaya upaya untuk memastikan haiwan peliharaan di kedai mereka tidak mati dalam cuaca ekstrem ini.
Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark pada aksi akhir kumpulan D
Malaysia dan Denmark masing-masing sudah pun melayakkan diri ke suku akhir selepas mencatat kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong dan Algeria.
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - mohd na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Sultan Nazrin dilantik pengerusi bagi tempoh dua tahun
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026.
JKN Terengganu siasat dakwaan kes keracunan makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sedang menyiasat dakwaan kes keracunan makanan selepas dipercayai menjamah sejenis kuih membabitkan beberapa individu termasuk kanak-kanak.
Remaja warga asing samun, menyamar pegawai polis ditahan
Polis menahan remaja lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana disyaki terbabit dengan kegiatan samun dan menyamar sebagai anggota polis.
Pesawah mengaku tidak bersalah
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan memuat naik mesej berbau hasutan mengaitkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan aktiviti perjudian dalam satu kumpulan WhatsApp, lima hari lalu.
Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina
Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan tentang cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
90 kes direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan
Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Parlimen: 1.8 peratus penjawat awam masih degil, belum divaksinasi, tiada tindakan tatatertib
Kira-kira 1.8 peratus daripada keseluruhan 1.6 juta penjawat awam di Malaysia dilaporkan masih degil atau belum menerima suntikan vaksin COVID-19.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Anti-vaksin: Khairy gesa laporan dibuat terhadap pengguna Twitter @khalids
Khairy telah meminta laporan PDRM dan MCMC dibuat terhadap seorang pengguna Twitter atas penyebaran berita palsu berhubung vaksin COVID-19.
Bekas ahli farmasi dihukum penjara rosakkan vaksin COVID-19
Brandenburg mengaku sengaja membuang dos vaksin Moderna daripada peti sejuk di Pusat Perubatan Aurora di Grafton.
Anti-vaksin: Kerajaan perlu lebih tegas, undang-undang jalan terbaik - Pakar
Pelbagai peruntukan undang-undang ketika ini wujud yang membolehkan pendakwaan dilakukan terutama berkait penyebaran berita palsu dan sebagainya.
COVID-19: Bakal wajibkan penumpang ambil vaksin, Qantas 'diserang' golongan antivaksin
Puluhan ribu anti-vaksin 'mensabotaj' poll atas talian, mengatakan mereka lebih rela melupakan rancangan pelancongan sekiranya dikehendaki mengambil vaksin.
Facebook larang iklan anti-vaksin
Langkah itu sebahagian daripada usaha Facebook untuk mengekang penularan maklumat palsu berhubung vaksin menjelang musim influenza.
Jangan dengar cakap golongan anti vaksin - Tun Dr Siti Hasmah
Tun Dr Siti Hasmah Ali mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak mendengar sebarang kempen mengelirukan daripada golongan anti-vaksin.
Wabak penyakit meruncing seluruh dunia, tiada vaksin antara faktor
Penyakit berjangkit seperti campak, denggi, dan chikungunya naik secara mendadak di beberapa negara kerana terdapatnya gerakan anti-vaksin.
Awas tipu helah fahaman anti vaksin di dunia digital - Pakar
Mana-mana ibu bapa yang bertukar fikiran dan mahu anak-anak mereka divaksin, boleh berbuat demikian pada bila-bila masa.