KUALA LUMPUR: Axiata Group Bhd, Telenor Asia Pte Ltd dan Digi.com Bhd (Digi) telah selesai menggabungkan operasi telekomunikasi Celcom Axiata Bhd dan Digi.
Menerusi kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Rabu, Axiata menjelaskan pihaknya dan Telenor akan memegang pemilikan yang sama dalam Celcom Digi iaitu masing-masing sebanyak 33.1 peratus.
Setelah selesai, Axiata menerima saham Digi yang baru diterbitkan mewakili 33.1 peratus serta tunai berjumlah RM2.5 bilion yang dibiayai oleh Digi dan akan diambil alih oleh entiti gabungan (Celcom Digi).
Digi juga menerbitkan saham untuk Telenor bagi mencapai pemilikan yang sama susulan pembayaran Telenor sebanyak RM300 juta kepada Axiata.
"Dalam memacu proses penyatuan, pihak-pihak bergerak dengan tujuan bermanfaat untuk membentuk syarikat telekomunikasi digital Malaysia berkelas dunia yang akan menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekosistem digital dan ekonomi negara.
"Celcom Digi akan menjadi syarikat teknologi tersenarai tempatan terbesar di Bursa Malaysia," tambahnya.
Sementara itu, Axiata and Telenor pula menjelaskan berasaskan proforma bagi tahun kewangan 2021, Celcom Digi akan memberi perkhidmatan kepada kira-kira 20 juta pelanggan, dengan perolehan sebanyak RM13 bilion serta keuntungan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) berjumlah kira-kira RM5.8 bilion.
"Celcom Digi kekal komited kepada sasaran sinergi RM8 bilion seperti yang diumumkan sebelum ini," menurut kedua-dua pihak dalam kenyataan bersama.
Axiata and Telenor juga menambah bahawa Celcom Digi akan mengemukakan saranan kukuh untuk memacu peralihan negara ke arah masyarakat berpendapatan tinggi yang menggunakan digital menerusi penggabungan skala, kompetensi, kekukuhan kewangan dan pengalaman dalam memenuhi pelbagai keperluan pengguna Malaysia.
Pengerusi Axiata, Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan berkata bagi pihak lembaga pengarah Axiata, beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Celcom Digi atas permulaan baharu ini yang merupakan kemuncak setelah berbulan-bulan kerja penyepaduan yang teliti dilakukan untuk mencipta juara digital Malaysia.
"Dalam melangkah maju, saya yakin Celcom Digi berada di kedudukan baik untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna dan perusahaan Malaysia yang mahu meningkatkan daya saing digital dalam era masa kini," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Asia Telenor, Jorgen C Arentz Rostrup berkata syarikat itu komited untuk menjadi pemilik aktif, membawa pengetahuan teknologi, pengalaman di seluruh pasaran antarabangsa serta perkongsian global dengan firma-firma utama industri kepada Celcom Digi.
"Pelancaran Celcom Digi mewakili pencapaian penting dalam perjalanan usaha pendigitalan Malaysia, sejajar dengan aspirasi Telenor untuk membangunkan pengendali terkemuka yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan menerusi produk dan perkhidmatan yang relevan, menarik dan mudah," katanya.
Axiata dan Telenor juga menjelaskan sebagai sebahagian daripada usaha membina negara, Celcom Digi akan melabur sehingga RM250 juta dalam tempoh lima tahun untuk membina pusat inovasi bertaraf dunia di Kuala Lumpur.
"Matlamatnya adalah untuk memangkinkan transformasi digital Revolusi Industri Keempat (4IR) dan memperkukuh ekosistem tempatan melalui penerimagunaan Internet Pelbagai Benda (IoT), kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran awan dan 5G.
"Merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar untuk menggalakkan penyertaan sosio-ekonomi yang lebih besar akan menjadi keutamaan," jelasnya.
Selain Axiata dan Telenor, pelabur institusi Malaysia seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) adalah antara pemegang saham syarikat baharu itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 30 2022
Axiata menjelaskan pihaknya dan Telenor akan memegang pemilikan yang sama dalam Celcom Digi iaitu masing-masing sebanyak 33.1 peratus.
Kes 1MDB: Rosmah beri aku janji tidak lupuskan barangan mewah RM1.6 bilion
Datin Seri Rosmah Mansor memberikan aku janji untuk tidak melupuskan barangan kmewah yang kini berada dalam milikan atau kawalannya yang dituntut oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Jemaah haji kini bertumpu di Mina
Ibadah haji tahun ini tetap mempunyai cabaran tersendiri, antaranya suhu panas yang diramal mencecah 48 darjah Celsius.
Pengamal media jangan kejar populariti, jadi pejuang utama isu rakyat - Karam Singh
Datuk Karam Singh Walia menasihati pengamal media muda dan baharu dalam bidang kewartawanan untuk tidak mengejar populariti semata-mata dalam melaporkan sesuatu isu berkaitan rakyat.
AWANI 7:45 [14/06/2024] - Tiada kemalangan jiwa | Selesai kes di mahkamah | Ada pihak dedah butiran palsu | Polis belum tahu motif
#AWANI745 malam ini bersama Syaff Shukri;
1. Genting Higlands kecoh .... kebakaran di taman tema
2. Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin berdamai .... pertikaian peribadi
3. Serah kepada polis siasat kes Zayn Rayyan, jangan layan kertas siasatan palsu
4. Motif simbah asid ke Faisal Halim, masih jadi tanda Tanya
1. Genting Higlands kecoh .... kebakaran di taman tema
2. Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin berdamai .... pertikaian peribadi
3. Serah kepada polis siasat kes Zayn Rayyan, jangan layan kertas siasatan palsu
4. Motif simbah asid ke Faisal Halim, masih jadi tanda Tanya
Edisi Siasat: Keluarga Zayn Rayyan buat laporan polis, kandungan tular fitnah - Peguam
Keluarga Zayn Rayyan Abdul Matiin membuat laporan polis berhubung kandungan siasatan yang tular di Telegram Edisi, kononnya pembunuhan itu dilakukan ibu bapa kanak-kanak autisme itu.
17 warga asing ditahan cuba keluar negara secara haram
Polis menahan 17 warga asing termasuk seorang kanak-kanak dipercayai cuba untuk keluar dari Malaysia secara haram di Pantai Tanjong Rhu, Pulau Carey pada 3 pagi tadi.
Shereen beri tumpuan 400 meter akhir esok bagi perbaiki kelayakan Olimpik
"Masa bukan dalam pemikiran saya hari ini, cuma berlari dengan tenang untuk layak ke pusingan akhir esok."
AWANI Ringkas: Kebakaran di Genting Highlands
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mahu jadi antara 200 universiti terbaik dunia dalam 10 tahun
Universiti swasta terunggul Asia Tenggara, Taylor’s University terus mempamer keunggulan dalam liga Quacquarelli Symonds (QS) apabila menduduki tangga ke-251 dalam QS World University Rankings 2025.
#AWANI745
#AWANI745
Mahkamah Persekutuan tetapkan 3 Julai untuk dengar rayuan Sanjeevan
Mahkamah Persekutuan menetapkan 3 Julai untuk mendengar rayuan bekas aktivis antijenayah R.Sri Sanjeevan terhadap penolakan keputusan yang mengisytiharkan penahanan 16 harinya di bawah Akta Pencegahan