awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ayah pernah pesan minta anak-anak mandikan, solatkan jenazahnya'

Sinar Harian
Sinar Harian
16/11/2023
06:54 MYT
'Ayah pernah pesan minta anak-anak mandikan, solatkan jenazahnya'
Anak kedua Suhaimi, Sallman Elkhoyri menjadi individu terakhir meninggalkan kubur ayahnya di Tanah Perkuburan Islam Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi pada Khamis. - Gambar/ Sinar Harian
KOTA TINGGI: "Ayah pernah pesan agar anak-anak uruskan jenazahnya," kata Ehmad Hadie Elfardie, 15.
Anak sulung kepada Allahyarham Mohd Suhaimi Saad itu memberitahu ayahnya sempat berpesan sebelum keadaan kesihatannya semakin merosot pada minggu lalu.
"Ayah pesan kalau ayah tak ada nanti mandikan ayah, solatkan ayah. Alhamdulillah, semua itu sudah selesaikan, sudah dilakukan.
"Selain itu, ayah juga minta agar saya dan adik-adik jaga solat dan jangan tinggal mengaji," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Khamis.
Suhaimi Saad meninggal dunia pada malam Rabu
Sebelum itu, jenazah bekas vokalis kumpulan nasyid In-Team itu selamat dikebumikan di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, pada pagi Khamis.
Ditanya mengenai kenangan terindah bersama ayahnya, itu, Ehmad Hadir berkata, setiap hari bersama ayah merupakan kenangan terbaik dalam hidup.
"Kami semua (adik beradik) rapat dengan ayah. Hari-hari menjadi kenangan terindah bersama ayah.
"Ada sahaja benda yang seronok kami buat dengan ayah," katanya lagi.
Suhaimi berkahwin dengan Nordiana Mohd Naim, 39, pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Sallman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.
Pada Rabu, Mohd Suhaimi menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.40 petang di Hospital Sultan Ismal (HSI) akibat jangkitan kuman pada paru-paru. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Suhaimi Saad
#pesanan kepada anak
#punca kematian
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan