Ayah Zahid Hamidi meninggal dunia

T K Letchumy Tamboo
Ogos 8, 2014 11:52 MYT
Ayah Ahmad Zahid telah pulah ke rahmatullah pada jam 5.25 petang tadi
Ayah kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Raden Hamidi Abdul Fatah, 91, telah meninggal dunia petang tadi.
Menurut laporan media, Allahyarham menghembus nafas terakhir pada pukul 5.25 petang di Hospital Angkatan Tentera di sini.
Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Sungai Nipah Darat Rungkup esok.
Difahamkan, majlis perkahwinan anak Ahmad Zahid yang dijadualkan malam ini di Dewan Tun Razak 1, Putra World Trade Centre (PWTC) dari jam 7.45 malam hingga 11 malam akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat.
#Ahmad Zahid Hamidi #meninggal dunia #Raden Hamidi Abdul Fatah