Ayob Khan dilantik Pengarah JSJN - PDRM

Bernama
Disember 24, 2021 13:10 MYT
Ayob Khan antara tiga pegawai kanan PDRM yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 25 Jan depan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.
Setiausaha PDRM DCP Ruslan Khalid berkata Ayob Khan antara tiga pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 25 Jan depan.
"Jawatan Ayob Khan akan diambil alih Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ruslan berkata Timbalan Pengarah (Integriti) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman DCP Wan Hassan Wan Ahmad pula akan mengisi kekosongan ditinggalkan Kamarul Zaman.
-- BERNAMA
#ayob khan mydin pitchay #Polis Diraja Malaysia #Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman #Kamarul Zaman Mamat