awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ayob Khan terima gelaran Datuk dari Johor

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
29/11/2021
03:35 MYT
Ayob Khan terima gelaran Datuk dari Johor
Majlis pengurniaan darjah bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor itu berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru. - Foto Facebook/Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato' Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada empat individu.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi baginda, DMIJ yang membawa gelaran Datuk itu dikurniakan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri Johor, Amir Nasruddin, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan Mantan Duta Besar Malaysia ke Bahrain, Agus Salim Yusof.
Pegawai Daerah Kota Tinggi, Hazlina Jalil juga dikurniakan DMIJ yang membawa gelaran Datin Paduka.
Majlis pengurniaan darjah bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor itu berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru, di sini hari ini.
Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ) kepada empat individu.
Penerima SIJ adalah Pegawai Daerah Tangkak, Mohammed Shakib Ali; Pengarah Jabatan Kerja Raya Johor, Abu Bakar Abd Aziz; Pengarah Perangkaan Johor, Wan Mohd Shahrulnizam Wan Mohd Najuri dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Maimunah Othman.
Topic Berkaitan
#Ayob Khan
#Datuk
#Sultan Johor
#Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan