Sudah tiba masanya untuk Indonesia dan Malaysia menjalinkan kerjasama lebih rapat dalam usaha menghalang diskriminasi berterusan Kesatuan Eropah (EU) ke atas produk minyak kelapa sawit.
Presiden Indonesia Joko Widodo, lebih mesra dikenali sebagai Jokowi berkata, kedua-dua negara harus bersama-sama memikirkan ‘bargaining’ yang diperlukan bagi memastikan Eropah tidak berterusan mengganggu gugat produk hiliran kelapa sawit.
“Indonesia dan Malaysia harus bersatu, harus kerjasama dalam rangka melawan diskriminasi terhadap minyak kelapa sawit. Ga bisa kita sendiri, harus bersama-sama melawan diskriminasi itu.
“Dan kita harus berani menunjukkan bahawa kita juga memiliki bargaining yang baik, jangan sampai cara-cara seperti ini diterus-teruskan di bumi Eropah. Saya kira kita harus bersama-sama bersatu melawan diskriminasi itu,” katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli, di Istana Negara, Jakarta, baru-baru ini.
Ditanya bila perlunya kerjasama itu dimulakan, Jokowi, yang kini dalam penggal keduanya sebagai Presiden Indonesia, menganggap ia tidak boleh ditangguh lagi, memandangkan diskriminasi itu mampu merencatkan sumber pendapatan Indonesia dan Malaysia sebagai pengeksport terbesar minyak kelapa sawit dunia.
Tambahnya lagi, perlu juga diambil kira soal kesejahteraan kira-kira 16 juta pekerja Indonesia dan 600,000 pekerja Malaysia yang terlibat dalam industri itu.
“Ya, secepat-cepatnya memulai. Sehingga jangan sampai nanti kalau kita tidak bereaksi terhadap hal ini, nanti perkara lain bisa mengikuti hal yang sama. Sehingga kita sebagai produser minyak kelapa sawit yang terbesar di dunia menjadi kesulitan.
“Malaysia kesulitan, Indonesia kesulitan, kita sebagai negara anggota ASEAN harus bekerjasama , terus bersama-sama menghadapi persoalan problem yang menimpa Indonesia dan Malaysia,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Jokowi berkata, ia bukan hanya kerjasama erat antara kerajaan dengan kerajaan atau G2G semata-mata, tetapi syarikat swasta yang terlibat dalam industri itu juga harus memainkan peranan dengan lebih agresif.
“Dua-duanya G2G yang berjalan, P2P (peer-to-peer)nya berjalan, pemerintahnya bersama-sama, swastanya bersama-sama, harus bersama-sama dengan cara yang mungkin bebeda-beda. Saya kira kita sekali lagi harus bersama-sama Malaysia, Indonesia; pemerintahnya, swastanya bergerak bersama-sama.
“Ini menyahut sebuah komoditas yang kita miliki yang jumlahnya tidak sedikit. Produksi di Indonesia sekarang sudah 46 juta tan per tahun. Jumlah yang sangat besar sekali.
"Tapi saya udah juga menyampaikan kepada swasta agar ada hilirisasi membangun industri minyak kelapa sawit ke derivatif keturunannya untuk kosmetik, untuk sabun, untuk lain-lainnya,” jelasnya lagi.
Firdaus Azil
Fri Aug 09 2019
Kedua-dua negara harus bersama-sama memikirkan bargaining yang diperlukan bagi memastikan Eropah tidak berterusan mengganggu gugat produk hiliran kelapa sawit.
Bayi lelaki baru lahir ditemukan di belakang rumah
Polis sedang menyiasat seorang wanita berusia lingkungan 20-an berkaitan penemuan bayi lelaki di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Bedal, Temangan di Machang, pada Ahad.
Selangor lancar 'Ehsan Mart', tawar harga lebih murah
Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) hari ini melancarkan pembukaan pasar raya ‘Ehsan Mart’ yang menawarkan harga barangan asas pada kadar 10 hingga 15 peratus lebih rendah berbanding di pasaran.
'Blueprint STEM' di masukkan ke dalam NSS
Pelan Tindakan Bakat Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) Pulau Pinang yang dilancarkan pada Ahad, akan dimasukkan ke dalam Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).
PETRA, Johor pastikan bekalan air dan tenaga cukup bagi pelabur
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan bekerjasama erat dengan kerajaan Johor bagi memastikan bekalan air dan tenaga mencukupi untuk keperluan pelabur di negeri ini.
1,080 taska dikenal pasti tidak berdaftar - KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengenal pasti 1,080 taska di seluruh negara yang tidak berdaftar menerusi operasi pemutihan yang dilaksanakan mulai September tahun lalu.
Kod tatalaku focus tiga isu jenayah
Jenayah penipuan dalam talian, buli siber dan jenayah pengantunan atau seksual terhadap kanak-kanak merupakan antara perkara yang diberi tumpuan dalam membangunkan Kod Tatalaku platform media sosial yang dijangka siap bulan depan.
Malaysia juara, tewaskan Lubnan 1-0 di final
Malaysia kembali menjulang trofi Pestabola Merdeka 2024 apabila menewaskan Lubnan 1-0 dalam aksi final pada Ahad malam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 September 2024.
Jong Un umum pangkalan baharu tentera laut, perkukuh ketenteraan
Korea Utara memerlukan sebuah pangkalan tentera laut yang baharu memandangkan negara itu sedang membina kapal perang dan kapal selam yang lebih besar.
Houthi dakwa tembak jatuh dron MQ-9 buatan Amerika
Kumpulan Houthi Yaman mendakwa menembak jatuh satu lagi dorn MQ-9 buatan Amerika yang berada di ruang udara negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 September 2023.
ASEAN akan lancar Visi 2045 untuk memacu kerjasama serantau, kata Setiausaha Agung
ASEAN sedang bersiap sedia untuk melancarkan Visi Komuniti 2045, sebuah rangka kerja strategik yang bertujuan untuk membimbing kerjasama serantau dalam tempoh dua dekad akan datang.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini dalam persekitaran jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
ASEAN bincang isu utama yang jejaskan keselamatan serantau
Perbincangan itu menekankan kepentingan mengekalkan keamanan, kestabilan dan perpaduan dalam kalangan ASEAN.
Fadillah lawat ACE dalami kerjasama pembangunan tenaga ASEAN
Fadillah mengadakan lawatan ke ibu pejabat ACE untuk mengetahui perancangan pusat berkenaan bagi membentuk kerjasama pembangunan tenaga dalam kalangan negara-negara ASEAN.
PM Anwar komited tingkatkan hubungan Malaysia, ASEAN dengan Rusia
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 akan memastikan rantau ASEAN mempunyai kerjasama dan hubungan bilateral yang lebih baik dengan Rusia.
Menteri Luar Poland hormati pendirian Malaysia, kekal sikap neutral dan tidak memihak
Menteri Luar Poland, Radoslaw Sikorski menghormati pendirian Malaysia dan ASEAN yang teguh dengan sikap neutral dan tidak memihak berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.
CIMB catat untung bersih RM3.9 bilion dalam 6 bulan
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB), mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM3.9 bilion, meningkat 14 peratus tahun ke tahun bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024
Ringgit pertahan trajektori meningkat berbanding dolar AS
Ringgit mengekalkan trajektori meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, sejajar dengan kenaikan menyeluruh mata wang tempatan berbanding mata wang utama lain termasuk euro.
Vietnam kemuka cadangan perangi jenayah rentas sempadan ASEAN
Menteri Keselamatan Awam Vietnam seru kerjasama serantau yang lebih erat dalam memerangi jenayah rentas sempadan pada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN.