awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azeez Rahim, Riza Aziz dipanggil SPRM

Sinar Harian
Sinar Harian
25/09/2018
06:10 MYT
Azeez Rahim, Riza Aziz dipanggil SPRM
Abdul Azeez Rahim (kiri) dan Riza Aziz hadir ke ibu pejabat SPRM hari ini. -Sinar Harian
Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Kehadirannya dipercayai bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa.
Pada 23 Mei lalu, SPRM merampas wang tunai RM500,000 dan pelbagai mata wang asing bernilai kira-kira RM600,000 dalam serbuan di kediamannya.
Serbuan itu dilakukan kerana Abdul Azeez dikatakan menyalahgunakan kedudukan untuk mendapatkan projek di bawah seliaan kerajaan terdahulu bagi syarikat berkepentingan dengannya.
Malah, beliau juga dipercayai memperoleh komisen daripada syarikat projek selepas syarikat terbabit berjaya mendapat projek itu.
Selain Abdul Azeez, turut kelihatan anak tiri bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz yang berada di bangunan itu seawal jam 9.30 pagi.
Ini kali keempat Riza, 41, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Red Granite Pictures, yang didakwa menerbitkan filem "The Wolf Of Wall Street" menggunakan wang yang diselewengkan daripada 1MDB, dipanggil memberi keterangan.
Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan kenyataan daripada SPRM.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Abdul Azeez Rahim
#mata wang asing
#Najib Razak
#penyalahgunaan kuasa
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#The Wolf of Wall Street
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan