MALAYSIA
Azizee dilantik Ketua Polis Pulau Pinang baharu
Azizee (kanan) menerima tongkat kuasa Ketua Polis Pulau Pinang daripada Mohd Alwi pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas di Mes Pegawai Kanan IPK Pulau Pinang. Majlis disaksikan oleh Abdul Aziz (tengah). - Bernama
GEORGE TOWN: Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman Datuk Azizee Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang yang baharu berkuat kuasa pada hari ini.
Ringkasan AI
Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas berlangsung di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang disaksikan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid.
Beliau menggantikan Datuk Seri Hamzah Ahmad yang menyandang jawatan Pengarah Jabatan Intergiriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, sebelum ini jawatan berkenaan dipangku Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin.
Azizee, 59, berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama ketua jabatan dan ketua polis daerah di Pulau Pinang bagi merancang pelaksanaan penambahbaikan yang perlu, dan dalam masa sama mengekalkan segala perancangan sedia ada.
Beliau juga komited untuk mengekalkan prestasi penurunan jenayah di negeri itu dan berusaha mengurangkannya lagi ke tahap lebih baik pada masa hadapan.
"Ini kali kedua saya ditugaskan di Kontijen Pulau Pinang, iaitu kali pertama pada 2006 hingga 2008 (Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi IPK Pulau Pinang) dan selepas itu ke Bukit Aman sebelum kembali semula ke negeri ini.
"Saya juga baru mendapat taklimat daripada Datuk Mohd Alwi dan akan cuba mengekalkan apa yang ada sekarang, dalam masa sama membuat penambahbaikan apa yang perlu," katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan.
Azizee memulakan kerjaya sebagai Inspektor Polis (Insp) pada 1993 di Jabatan Logistik dan Teknologi yang menyandang jawatan sebagai Pegawai Pembangunan.
Sepanjang hampir 32 tahun perkhidmatan, beliau menggalas pelbagai jawatan penting termasuk Ketua Unit Projek (Pengurusan Fasiliti), Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi di IPK Pulau Pinang serta Pegawai Turus Pembangunan dan Penyelenggaraan di jabatan sama.
Kepakaran beliau dalam bidang logistik, pengurusan fasiliti dan pembangunan teknologi menjadikannya antara pegawai kanan yang dihormati.
Kecekapan dan pengalaman luas beliau menjadi aset penting dalam mengukuhkan keupayaan serta kecekapan operasi Polis Diraja Malaysia.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Datuk Azizee Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang berkuat kuasa hari ini, menggantikan Datuk Seri Hamzah Ahmad, dengan majlis serah tugas disaksikan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman.
- Azizee berpengalaman hampir 32 tahun dalam bidang logistik, fasiliti dan teknologi, dan pernah bertugas di Pulau Pinang sebelum ini antara 2006 hingga 2008 sebagai Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi.
- Beliau komited mengekalkan penurunan kadar jenayah di negeri itu serta merancang penambahbaikan bersama ketua jabatan dan ketua polis daerah tanpa mengabaikan perancangan sedia ada.