MALAYSIA
Azlan Man mahu urus sendiri cuti, minta syarikat pelancongan kembalikan wang - Saksi
Azlan antara lain didakwa atas lima pertuduhan berkaitan tuntutan palsu bagi kemudahan cuti ke luar negara berjumlah lebih RM1.18 juta. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man meminta dua syarikat pelancongan mengembalikan wang perjalanan cuti seberang laut beliau bersama keluarga pada 2013 hingga 2017 kerana mahu menguruskan percutian itu sendiri.
Bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada bekas Menteri Besar Perlis itu, Herwardy Hashim, 45, berkata Azlan mengarahkannya untuk memaklumkan kepada syarikat Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn Bhd supaya memulangkan wang tersebut ke akaun bank milik Azlan, manakala Aidil Travel & Tour Sdn Bhd perlu membuat bayaran balik ke dalam akaun bank dan secara tunai.
Menurut Herwardy, syarikat pelancongan berkenaan meminta beliau bertanyakan kepada Azlan tentang tarikh sebenar percutian tersebut dan meminta dokumen sokongan lain seperti pasport untuk mereka membuat tempahan tiket kapal terbang, penginapan dan pengangkutan di London.
"Bagaimanapun, Menteri Besar (Azlan) telah mengarahkan saya untuk memaklumkan kepada syarikat pelancongan terbabit bahawa perjalanan cuti seberang laut Menteri Besar dan keluarga ke London diuruskan sendiri oleh Menteri Besar dan meminta pihak syarikat pelancongan mengembalikan wang perjalanan.
"Saya tidak dapat pastikan sesuatu perjalanan itu telah dilakukan atau tidak oleh Azlan, namun saya hanya menguruskan perkara-perkara dokumen yang melibatkan kelulusan cuti dan penggunaan kelayakan cuti seberang laut beliau," katanya.
Herwardy yang juga saksi pendakwaan ke-18 itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes Azlan, yang berdepan 10 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu dan menerima wang hasil aktiviti haram.
Saksi utama pendakwaan itu berkata beliau ialah pegawai yang bertanggungjawab menguruskan dokumen perjalanan bagi membolehkan Menteri Besar menggunakan keistimewaan yang diberikan seperti tertakluk dalam Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980, Enakmen No.3 Tahun 1981, pada perkara 27, mengenai Cuti Seberang Laut.
Herwardy berkata Azlan telah mencadangkan Syarikat Sri Kedawang kerana beliau telah beberapa kali mengikuti lawatan yang diuruskan oleh syarikat berkenaan semasa berkhidmat di Wisma Putra dan perkhidmatan yang diberikan adalah amat baik.
"Berkenaan dengan syarikat Aidil Travel & Tours, pemilik syarikat adalah Abdul Rahim Halim, iaitu rakan kongsi Shafiei Ismail daripada syarikat Sri Kedawang Travel & Tours. Saya difahamkan mereka tidak lagi menjadi rakan kongsi dalam syarikat Sri Kedawang.
"Abdul Rahim telah menubuhkan syarikat Aidil Travel & Tours, manakala Shafiei tidak lagi berkecimpung dalam bidang pelancongan. Oleh kerana saya pernah berurusan dengan Abdul Rahim sebelum ini, maka urusan lawatan ke luar negara tetap berjalan lancar walaupun syarikat berbeza," jelasnya.
Azlan, 67, didakwa atas lima pertuduhan berkaitan tuntutan palsu bagi kemudahan cuti ke luar negara berjumlah lebih RM1.18 juta yang didakwa dilakukan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis antara Disember 2013 dan Disember 2017.
Tuntutan itu melibatkan sebut harga tiket penerbangan ke London serta invois daripada syarikat pelancongan Sri Kedawang Travel & Tour (W) Sdn Bhd dan Aidil Travel & Tours Sdn Bhd.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali jumlah atau nilai butir matan palsu atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Azlan juga berdepan lima pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM1.06 juta antara 19 Feb 2014 dan Disember 2017 di beberapa lokasi termasuk cawangan Maybank Jalan Tuanku Abdul Rahman, CIMB Bank cawangan Putrajaya serta Hotel Sheraton Imperial di sini mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Selain itu, beliau didakwa atas lima pertuduhan pilihan kerana menyalahgunakan wang RM1.06 juta milik Kerajaan Negeri Perlis yang dibayar kepada Sri Kedawang Travel dan Aidil Travel & Tours Sdn Bhd.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Cawangan Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, CIMB Bank Cawangan Putrajaya dan Hotel Sheraton Imperial di sini antara 19 Februari 2014 dan Disember 2017 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun, dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 21 Januari depan.