Azmin Ali: Himpunan dijangka berjalan lancar

Astro Awani
Januari 11, 2013 18:30 MYT
Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 yang akan berlangsung di Stadium Merdeka akan berjalan secara aman dan lancar.
Demikian keyakinan yang diluahkan oleh timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.
Pada masa sama, Azmin juga mahu peserta perhimpunan dan anggota polis bekerjasama memastikan tiada perkara negatif berlaku.
Katanya, penganjur juga sudah bersetuju untuk mematuhi syarat dan meminta peserta mengekalkan kelancaran perhimpunan.
“Ini merupakan permulaan baik dimana PDRM harus mengembalikan semula keyakinan rakyat menjadi sebuah institusi yang benar-benar bebas dan dapat menjamin keselamatan semua rakyat,” kata Azmin.
Pihak penganjur mensasarkan kehadiran kira-kira satu juta peserta dalam perhimpunan itu yang dijangka berlangsung dari 2 hingga 5 petang.
Pakatan Rakyat masih tetap dengan rancangannya untuk berkumpul di Stadium Merdeka pada hari Sabtu.
#Azmin Ali #Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 #Pakatan Rakyat #PKR