[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
MALAYSIA

Azmin Ali mengadap Yang di-Pertuan Agong

Astro Awani 17/06/2019 | 12:26 MYT
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima mengadap Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Istana Negara pada Isnin. - Foto: Twitter/@AzminAli
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Istana Negara pada Isnin.

Menerusi perkongsian akaun Twitter rasmi Azmin berkata, beliau menjunjung nasihat serta pedoman daripada Sultan Abdullah.

“Menjunjung kasih KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan menerima menghadap patik di Istana Negara.

“Titah nasihat dan pedoman KDYMM SPB Tuanku akan patik junjung sentiasa,” katanya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menerusi perkongsian lain, pertemuan tersebut turut menyentuh berkaitan lawatan khas Sultan Abdullah ke Emiriah Arab Bersatu (UEA) bagi meningkatkan hubungan dua hala dan kerjasama ekonomi.

“Kementerian Hal Ehwal Ekonomi akan lakukan tindakan susulan lawatan yang membuahkan hasil antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu,” jelasnya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah #Azmin Ali mengadap Yang di-Pertuan Agong #Datuk Seri Mohamed Azmin Ali #Istana Negara #mengadap #Menteri Hal Ehwal Ekonomi #Yang di-Pertuan Agong