Azmin nafi kerajaan Selangor peruntuk RM1 bil tampung kenaikan harga minyak

Astro Awani
Oktober 2, 2014 09:53 MYT
Azmin nafi kerajaan Selangor tampung kenaikan harga minyak. -Gambar fail
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menafikan berita yang tersebar di media sosial pada Khamis mengenai 'bantuan' yang kononnya disalurkan kerajaan negeri bagi menangani kenaikan harga minyak.
Jelasnya di laman Twitter, berita itu adalah tidak benar sama sekali.
Semenjak tengah malam Rabu, beberapa laman blog melaporkan kenyataan bergambar Azmin yang menyatakan harga minyak di negeri itu tidak akan naik.

Sebaran di media sosial konon Kerajaan Selangor memperuntukkan RM1 bilion utk menangani kenaikan harga minyak adalah tidak benar dan palsu.

— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) October 2, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Azmin turut dilaporkan oleh blog berkenaan bahawa kononnya kerajaan negeri memperuntukkan RM1 bilion bagi menampung pengurangan subsidi sebanyak 20 sen oleh Kerajaan Pusat sehingga harga minyak kembali stabil.
Laporan itu menambah bahawa langkah itu merupakan tanda kerajaan negeri di bawah kepimpinan menteri besar baharu amat memahami dan prihatin terhadap beban yang ditanggung oleh rakyat menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.
#Azmin #bilion #kos #mintak #nafi #pusat #Raya #Selangor #sen #stabil