Perdana Menteri telah membentangkan RMK13 hari ini. Dapatkan intipati utama di sini
MALAYSIA

Azmin selesai kerjakan umrah, doakan Perdana Menteri sihat

Najib Aroff 22/12/2018 | 13:12 MYT
Beliau dan keluarga kini kini dalam perjalanan pulang ke Malaysia. - Foto Twitter Azmin Ali
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendoakan kesihatan berpanjangan buat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau mengerjakan ibadah umrah.

“Saya juga mendoakan di hadapan Kaabah semoga Allah SWT menganugerahkan YAB Tun (Tun Dr Mahathir) dengan kesihatan yang terbaik dan kekuatan untuk memimpin umat dan negara Malaysia," tulis beliau dalam kemas kini terkini Twitternya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Selain itu Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR turut mendoakan keamanan serta kemakmuran Malaysia di bawah kepimpinan Dr Mahathir.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu Mohamed Azmin memuat naik sekeping gambar bersama keluarga selepas selesai menunaikan ibadah umrah di kota suci Mekah.

Beliau dan keluarga kini kini dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#Azmin Ali #Mahathir Mohamad #Parti Keadilan Rakyat #Perdana Menteri #PKR #umrah