Pengacara dan personaliti popular Datuk Aznil Nawawi hari ini dilantik secara rasmi sebagai Ikon Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) oleh Kementerian Pendidikan.
Pelantikan itu dibuat selepas mengambil kira peranan dan sumbangan Aznil mendampingi masyarakat serta sikap ambil kisah beliau terhadap kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof berkata lebih manis pelantikan itu dipersetujui pihaknya selepas 'personaliti mesra kanak-kanak' itu sendiri yang menawarkan diri bagi membolehkan beliau menyumbang kembali kepada sekolah yang menjadi institusi awal menerima didikan formal.
"Kejayaan, populariti dan sikap penyayang Aznil terhadap kanak-kanak dan keinginan membantu sekolah ini merupakan contoh terbaik kepada pihak lain untuk tampil membantu pelajar SBJK mendapat pendidikan lebih baik.
"Kementerian juga berharap pelantikan ini dapat membantu sekolah daripada segi keperluan kepakaran, mengumpul dana dan menarik sumbangan untuk kelestarian sekolah tersebut," katanya pada majlis penyerahan sijil pelantikan itu di sini, hari ini.
Khair berkata pengaruh Aznil, yang banyak terlibat secara langsung dalam aktiviti sosial, pendidikan dan khidmat masyarakat serta mempunyai pengetahuan yang meluas tentang bidang pendidikan dan kebajikan bagi kanak-kanak terpinggir, juga membawa tuah kepada SBJK apabila berjaya membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat sekolah itu pada Jun tahun lepas.
Beliau berkata selain membuka mata banyak pihak mengenai kewujudan SBJK, kedatangan Najib ke sekolah itu juga menyaksikan perdana menteri mengumumkan peruntukan RM30 juta bagi pembinaan sekolah dan asrama menggantikan bangunan itu.
Sejak beroperasi tiga tahun lepas, SBJK yang menggunakan bangunan asal Princess Road School di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur kini mempunyai 150 murid berusia dari umur empat hingga 19 tahun.
Aznil dalam pada itu berkata pelantikan sebagai ikon SBJK menjadi fasa baharu kepadanya khusus dalam membantu kanak-kanak terpinggir memperoleh akses pendidikan lebih baik setelah lebih 27 tahun bergelumang dalam dunia penyiaran dan hiburan.
Beliau berkata sekolah itu mempunyai nilai sejarah tersendiri buat dirinya yang begitu arif dengan persekitarannya dan pelantikan sebagai ikon memberi lebih peluang kepadanya untuk membantu pentadbiran sekolah terutama dalam meraih bantuan.
"Saya akan cuba sedaya mungkin memberi cahaya kepada murid-murid dengan menarik lebih banyak perhatian, bantuan termasuk mengajak lebih ramai personaliti membantu SBJK melalui pengaruh dan populariti masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2017
Pengacara dan personaliti popular Datuk Aznil Nawawi hari ini dilantik secara rasmi sebagai Ikon Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK). - fotoBERNAMA
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Go Shop 6th Anniversary Live Party sempena ulang tahun Go Shop
Sambutan secara langsung itu akan menawarkan para pelanggan dengan tawaran menarik dan diskaun sebagai sebahagian daripada kempen #GoShopGreaterTogether.
"Saya nak tolong mak" - Kongsi video anak kecil, Pak Nil buat netizen menangis
Video tersebut menunjukkan Aznil atau lebih dikenali dengan Paknil membantu dengan membeli kesemua jualannya.
Aznil dilantik ikon Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
Pengacara dan personaliti popular Datuk Aznil Nawawi hari ini dilantik secara rasmi sebagai Ikon Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) oleh Kementerian Pendidikan.
Rania nama Islam Felixia Yeap, ilham daripada mimpi
Model dan personaliti media Felixia Yeap mendedahkan nama Islam yang bakal dipilih olehnya apabila dia memeluk agama Islam 3 Julai ini ialah Rania.
Aznil, Nabil bergabung kemudi AIM 20
Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-20 bakal menggandingkan Datuk Aznil Nawawi dan Nabil Ahmad sebagai hos.
Aznil seru kekal keharmonian negara
Datuk Aznil Nawawi menyeru agar masyarakat bersatu padu demi kestabilan negara.
Pilih peserta bukan kerana kontroversi
Pemilihan peserta Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua bukan berlandaskan populariti atau kontroversi.
Pak Nil harap gelaran tidak menjarakkan hubungan dengan peminat
Datuk Aznil Nawawi tidak mahu gelaran yang diterimanya menjarakkan hubungan dengan masyarakat.
Aznil Nawawi kini bergelar Datuk
Aznil Nawawi adalah antara penerima anugerah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.