[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
NATIONAL

Babi hutan putus nyawa di pagar sekolah

Astro Awani 04/05/2016 | 09:22 MYT
Babi hutan tersebut tersangkut selama dua jam sebelum mati dan bangkai haiwan itu dibawa keluar kira-kira jam 10 pagi. -Foto JPAM
Seekor babi hutan tersangkut di pintu pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Beserah dan kemudiannya mati semasa bergelut untuk melepaskan diri.
Menurut Pengarah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)Pahang, Zainal Yusof, haiwan liar itu dipercayai sesat dari hutan berdekatan sekolah tersebut.
JPAM menerima panggilan daripada pihak sekolah sekitar pukul 6.30 pagi tadi dan kejadian ini dimaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.
Babi hutan tersebut tersangkut selama dua jam sebelum mati dan bangkai haiwan itu dibawa keluar kira-kira jam 10 pagi.
#babi hutan #babi hutan sesat #Sekolah Kebangsaan Beserah #tersangkut di pagar