Jemaah yang sedang menunaikan solat di sebuah masjid di Sungai Plong, di sini, gempar apabila seekor babi hutan tiba-tiba merempuh masuk ke dalam dewan solat.

Dalam kejadian di Masjid Sungai Plong pada Selasa itu, babi hutan tersebut dikatakan tersesat dan memasuki ruang utama ketika jemaah sedang menunaikan solat sunat selepas waktu Maghrib.

Babi hutan itu dilapor turut mengejar jemaah termasuk kanak-kanak yang berada di luar dewan berkenaan selain merempuh dua buah motosikal yang berada di pekarangan masjid.


YouTube Airmierio Chanel

Haiwan liar itu bagaimanapun berjaya ditembak seorang jemaah yang memiliki senapang patah.

Dipercayai seorang jemaah cedera akibat disondol babi tersebut.

Susulan kejadian, solat Isyak terpaksa dilakukan di luar dewan berkenaan.