PARIT SULONG: Baru dua jam membonceng motosikal baharu, dilanggar pula dengan babi hutan.
Itu pengalaman cemas yang dihadapi oleh bekas Ketua Kampung Separap, Parit Sulong, Kasidi Kasani, 67, dalam kejadian pada Januari lalu.
Akibat insiden tersebut, Kasidi dimasukkan ke Hospital Muar selama tiga hari selepas mengalami kecederaan pada bahagian kaki, tangan serta leher.
Jelas bapa kepada tiga cahaya mata itu lagi, kejadian babi hutan ‘masuk’ kampung dan mengancam keselamatan penduduk telah berlarutan lebih 10 tahun di kawasan tersebut.
“Selepas saya kena langgar sudah ada dua, tiga orang yang kena di Parit Lintang 1 Separap. Itu jalan utama pergi ke Taman Industri Sri Sulong.
“Jadi maknanya jalan itu mana-mana pekerja kampung ikut jalan itu. Sampai sekarang yang kena langgar paling teruk pun sehingga ada koma, patah kaki dan tangan. Masalah (kerosakan) kenderaan tidak payah ceritalah.
“Selama saya menjadi ketua kampung (2019 hingga 2021), sudah ada 18 orang (mangsa) yang kena langgar dengan babi hutan,” katanya ketika ditemui Astro AWANI, di sini pada Khamis.
Bercerita lanjut, Kasidi berkata situasi tersebut bukan sahaja mengancam keselamatan penduduk kampung, malah ia turut merosakan hasil pertanian.
Selain babi hutan, Kasidi menambah kawasan kampung sekitar juga diganggu dengan kehadiran monyet dan anjing liar.
“Tidak kira masa, hari-hari berlaku (babi hutan masuk kampung). Lagi-lagi kalau musim kemarau, kalau tak hujan, babi akan cari air di parit.
“Babi keluar (dari hutan) untuk cari makan,” katanya lagi.
Dakwa Kasidi, penduduk kampung telah beberapa kali membuat aduan kepada pihak berkaitan berhubung kejadian tersebut, namun sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian.
Kerosakan habitat
Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad berkata isu ancaman babi hutan di kawasan kampung tidak timbul ketika beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat di parlimen itu dari tahun 1990 hingga 2004.
Jelas penyelidik akademik Keselamatan dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu lagi, besar kemungkinan insiden tersebut berlaku susulan habitat asal haiwan itu telah terganggu akibat aktiviti pertanian dan perindustrian.
"Taman Sri Sulong itu sebenarnya kawasan hutan simpan. Apabila satu kawasan simpan dimansuhkan, akibatnya inilah.... habitat dan segala binatang akan cari habitat yang boleh mengancam kesejahteraan masyarakat.
"Jadi apabila hutan itu dimansuhkan dan dijadikan estet, mula-mula nenas, kelapa sawit dan sekarang ini perindustrian. Maka kampung sekeliling yang menjadi ancaman.
Binatang-binatang ini cuba mencari habitat baru dan ia mula mengancam orang kampung sekitar," jelas beliau.
Katanya lagi, situasi tersebut jika tidak diatasi dengan segera akan memberi risiko kepada keselamatan manusia dan makanan yang berasaskan pertanian.
"Saya merayu sangat-sangat agar tidak memberi jawapan yang sambil lewa kepada isu ini. Ini bukan satu gangguan, ini satu ancaman keselamatan yang mesti dihapuskan segera, dalam kawasan DUN Semerah secara khususnya, dan sekitar Parlimen Parit Sulong secara umumnya," ujar Ruhanie lagi.
Tindakan segera
Dalam pada itu, Perikatan Nasional (PN) memandang serius dan mengambil cakna isu keselamatan komuniti berhubung ancaman babi hutan di kawasan DUN Semerah.
Sehubungan itu, Pengarah Bilik Gerakan PN Parit Sulong, Mohd Naim Bakri berkata, calon PN di DUN tersebut, Datuk Aris Shamsuddin turut akan mengetengahkan agenda itu dalam manifesto peringkat DUN, yang bakal dilancarkan pada 7 Mac ini.
Tegas graduan (Pengurusan Keselamatan Industri) UKM itu lagi, usaha untuk menangani ancaman haiwan liar memerlukan kerjasama semua pihak dan penyelesaian secara komprehensif, sekali gus mengelakkan insiden-insiden lebih buruk.
"Kita amat bimbang sekiranya isu ini tidak diambil perhatian oleh mana-mana pihak, ia akan memberi impak yang membimbangkan sehingga boleh menyebabkan kematian.
"Ini telah dibuktikan dengan beberapa insiden yang berlaku sebelum ini. Kita lihat kemalangan yang melibatkan sahabat kita (Kasid), alhamdulillah masih lagi boleh meneruskan kehidupan, tetapi kalau kemalangan yang menyebakan kematian, ini satu kerugian bagi kita.
"Jadi sebagai parti PN, kita serius untuk menangani isu sebegini terutamanya keselamatan komuniti. Isu keselamatan komuniti perlu diberi penekanan yang amat seirus untuk sama-sama memperbaiki sistem pengurusan keselamatan komuniti di kampung di bawah DUN Semerah," ujarnya.
Memetik laporan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Tanaman Negara (Perhilitan), aduan berkaitan babi hutan adalah ketiga tertinggi di Johor selepas gajah dan kera setakat 2018.
Hasimi Muhamad
Thu Mar 03 2022
Akibat insiden tersebut, Kasidi dimasukkan ke Hospital Muar selama tiga hari selepas mengalami kecederaan pada bahagian kaki, tangan serta leher. - Foto Astro AWANI
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Babi hutan sondol penduduk kampung, beri ancaman sejak 10 tahun lalu
Baru dua jam membonceng motosikal baharu, dilanggar pula dengan babi hutan.