awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAC 2023: Soon Huat-Shevon tebus kekecewaan edisi lepas, mara ke suku akhir

Bernama
Bernama
27/04/2023
14:12 MYT
BAC 2023: Soon Huat-Shevon tebus kekecewaan edisi lepas, mara ke suku akhir
Kemaraan beregu negara itu sekali gus berhasil menebus kekecewaan masing-masing yang terkandas seawal pusingan kedua pada kejohanan BAC di Manila, tahun lepas. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai menempah slot suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas menewaskan beregu China Chen Xing-Cheng Fang Hui, hari ini.
Beregu ranking kelapan dunia itu hampir dikejutkan dengan penguasaan gandingan ke-51 dunia selepas tewas set pertama 12-21 sebelum bangkit mencatat kemenangan 22-20 dan 21-15 dalam pertarungan 56 minit di Dewan Tertutup Rashid bin Hamdan, Kelab Al Nasr di Dubai.
Kemaraan beregu negara itu sekali gus berhasil menebus kekecewaan masing-masing yang terkandas seawal pusingan kedua pada kejohanan BAC di Manila, tahun lepas.
Soon Huat-Shevon yang juga pilihan kelapan kejohanan akan bertemu gandingan ke-14 dunia dari Indonesia Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari yang mara ke suku akhir selepas menewaskan gandingan Jepun Hiroki Midorikawa-Natsu Saito dalam satu lagi aksi pusingan kedua.
Bagaimanapun, hasrat beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk mara ke saingan suku akhir tidak kesampaian selepas tewas di tangan bekas Juara All England dari Indonesia Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti dalam pertembungan berlarutan ke set penentuan.
Tang Jie-Ee Wei tewas set pertama 21-23 sebelum bangkit memberikan tentangan untuk menang set kedua 21-18 namun gagal menyaingi kemaraan lawan apabila tewas set terakhir 15-21.
Sementara itu, beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun menarik diri daripada meneruskan saingan selepas ketinggalan 3-11 di set kedua ketika bertemu beregu Jepun Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.
Keputusan dibuat selepas Kai Wun mengalami kecederaan buku lali.
Wei Chong-Kai Wun yang menduduki ranking ke-28 dunia terdahulu tewas set pertama 14-21 di tangan gandingan ranking keempat dunia itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#UAE
#BAC 2023
#set penentuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan