MALAYSIA
'Baca dokumen ART, tanya soalan cerdik'- Gobind tempelak Fadhli
Gobind meminta Fadhli menanyakan soalan yang lebih 'cerdik' dan meminta Ahli Parlimen Pas itu membaca dengan teliti berhubung perjanjian itu. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Digital, Gobind Singh Deo menempelak Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari di Dewan Rakyat hari ini, selepas Fadhli mendakwa Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia–Amerika Syarikat (AS) seolah-olah menggambarkan Kerajaan sedang menyerahkan 'kunci digital' kepada negara lain.
Gobind turut meminta Fadhli bertanyakan soalan yang lebih 'cerdik' dan meminta Ahli Parlimen Pas itu membaca dengan teliti berhubung perjanjian itu.
"Persetujuan itu lain, consult itu lain. Ini perkataan yang sangat basic. Saya tak faham kenapa di sebelah sana itu tak boleh faham bahasa yang mudah-mudah ini. Asyik nak bawa perkataan-perkataan, read the document carefully. Fahamlah, kita ini sekarang memerintah Malaysia. Kita faham aspek kedaulatan.
"Menteri-menteri digital, setiap tahun ada ADG Meet, kita jumpa. Peringkat ASEAN, kita bincang di situ. Apa kebaikan untuk kita sebagai rantau dan sebagainya. Saya rasa sudah cukuplah, saya setuju dengan Ahli Parlimen Tambun. Politik itu ada had dia. Kita nak buat baik untuk negara kita ini. Baca betul-betul dokumen itu. Tanya soalan yang cerdik, saya boleh jawab. Tapi kita nak ulang- ulang benda ini sampai bila?," katanya.
Terdahulu, Fadhli membangkitkan persoalan berhubung perjanjian ART itu yang dikatakan tidak ada satu klausa yang menjamin transformasi kecerdasan buatan (AI).
Beliau berkata lebih membimbangkan perjanjian ART itu didakwa seperti menyekat kerajaan daripada berunding dengan negara lain tanpa persetujuan Amerika Syarikat terlebih dahulu.
"Adakah kerajaan benar-benar mahu jadikan Malaysia ini sebagai negara AI menjelang 2030 (sedangkan) berdepan halangan di dalam (perjanjian) ART ini yang seperti sedang (memberi) 'kunci digital' kepada negara lain dan jadikan Malaysia sebagai makmal uji kaji," katanya.
Sebelum ini pembangkang membangkitkan isu terkait kandungan perjanjian ART di Dewan Rakyat yang didakwa telah menggadaikan kedaulatan negara.