awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baca Qunut Nazilah di Parlimen, amalan politik taksub - Yadim

Bernama
Bernama
20/07/2024
14:29 MYT
Baca Qunut Nazilah di Parlimen, amalan politik taksub - Yadim
Zamri berkata doa Qunut Nazilah hanya dibacakan kepada musuh daripada golongan kafir dan murtad sahaja serta tidak ke atas sesama umat Islam. - Foto fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Tindakan Ahli Parlimen pembangkang membaca Qunut Nazilah di Parlimen baru-baru ini jelas menunjukkan amalan politik taksub, sempit dan melampau, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim) Zamri Zainal Abidin.
Dalam kenyataan hari ini, Zamri merujuk kepada bacaan Qunut Nazilah oleh Ahli Parlimen pembangkang dipimpin Ahli Parlimen Jasin Zulkilfli Ismail selepas Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
"Qunut Nazilah merupakan doa yang dibaca apabila umat Islam ditimpa musibah besar sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW yang membacakan doa itu apabila berlaku pengkhianatan dan pembunuhan ke atas para sahabat.
"Sedangkan bacaan Qunut Nazilah di Parlimen baru-baru ini dibuat di luar solat, bukan ketika perang dan bukan juga kerana musibah yang menimpa umat Islam secara umum. Ia dibaca selepas keputusan menggantung seorang ahlinya, jadi jelas merupakan amalan melampau kerana perbezaan politik terus dijadikan asas untuk membacakan doa ini," katanya.
Zamri berkata berdasarkan pengamalan Rasulullah SAW serta pandangan ulama dapat dilihat dengan jelas bahawa doa Qunut Nazilah hanya dibacakan kepada musuh daripada golongan kafir dan murtad sahaja serta tidak ke atas sesama umat Islam.
Beliau turut menzahirkan rasa kecewa kerana perbuatan menggunakan agama dalam setiap kesempatan politik terus diamalkan di negara ini walaupun sudah ditegur dan diingatkan berulang kali oleh pihak berkuasa agama seperti mufti, ulama dan institusi diraja.
"Yadim menyeru kepada semua ahli politik supaya sentiasa menunjukkan budi pekerti terpuji apabila berada di Parlimen yang mulia kerana mereka mempunyai tanggungjawab untuk menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#qunut nazilah
#YADIM
#Parlimen
#politik
#taksub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan