KUANTAN: Kehilangan rakan setugas berkaki empat, Bad pada 3 petang Isnin lepas meninggalkan kesan mendalam buat Koperal Willen Slamping@Sirampin, walaupun sebagai anggota polis beliau sudah lali dengan pelbagai ujian dan cabaran.
Anjing baka Labrador dari Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 13 tahun akibat sakit tua itu, merupakan rakan setugas pertama buat Willen.
Anggota polis berusia 34 tahun itu berkata Bad yang dilahirkan pada 8 Nov 2008 di Jerman, mula menjadi rakan setugasnya pada 4 Ogos 2011 sebelum anjing pengesan narkotik itu perlu 'direhatkan' pada 2019 akibat faktor usia.
"Saya masih menyelia Bad walaupun ia sudah bersara... memberi makan, memandikan dan membawanya berjalan sebagai senaman. Walaupun sudah menerima anjing baharu, Bad tetap istimewa kerana ia merupakan anjing pertama saya memandangkan saya tiada haiwan peliharaan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Willen berkata beliau sedar 'masa' Bad sudah hampir tiba apabila ia semakin kurang aktif sejak seminggu lepas termasuk mulai hilang selera makan hingga terpaksa disuapkan, malah semasa rutin pemeriksaan pada 27 Jun lepas, doktor memintanya untuk 'bersedia' kerana keadaan anjing itu semakin merosot.
"Semangat Bad sangat kuat... ia bertahan lebih lama daripada jangkaan asal seminggu yang diberikan. Setiap hari saya berjumpa dengannya, sehinggalah pada Isnin lepas saya tahu itu adalah hari terakhirnya kerana Bad begitu lemah semasa saya tiba di sangkar pada 8 pagi.
"Ia tidak bertindak balas apabila dipanggil, saya terus bersama dengannya sehingga saya rasa jantungnya semakin lemah. Saya peluk Bad selama lebih 15 minit dan sedar ia tidak lagi bernafas. Saya usap kepala dan panggil namanya, namun Bad sudah tiada," katanya.
Anak jati Serian, Sarawak itu menambah walaupun 'garang' semasa bertugas, Bad sebenarnya anjing yang mudah mesra dan manja jika dibandingkan dengan anjing K9 lain, sekali gus membantu menghilangkan tekanan semasa mereka menyertai mana-mana operasi.
Katanya Bad menunjukkan prestasi cemerlang sejak mereka mula berkursus di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur kerana ia sentiasa menjadi antara anjing pertama berjaya mengesan dadah yang disembunyikan dan kerap mendapat tempat teratas dalam ujian.
Sementara itu, Pegawai Turus Bantuan Teknik (D6) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Pahang ASP Chia Che Chau berkata kecekapan Bad mengesan dadah membawa kepada banyak tangkapan dan paling diingati ialah kejadian pada 2012 serta 2014.
"Semasa sekatan jalan raya di Jalan Gambang-Kuantan pada 2012, Bad berjaya mengesan dadah heroin disembunyikan di bawah tempat pengelap cermin hadapan yang sukar dilihat dengan mata kasar.
"Pada 2014 pula, Bad sekali lagi membantu kami apabila berjaya mengesan dadah syabu dan heroin yang disorokkan pada bahagian papan pemuka kereta semasa dibawa untuk menyertai operasi 'snap check'.. Bad sangat peka dengan kehadiran dadah," katanya.
Chia berkata jasad Bad disemadikan berhampiran unit K9 IPK Pahang di sini, bersebelahan rakan seperjuangannya, Tho yang mati pada 19 Sept 2020 juga akibat sakit tua.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 06 2022
Selamat tinggal Bad... Pergimu satu kehilangan besar buat PDRM yang selama ini mengharap jasamu membantu pasukan memerangi musuh nombor satu negara. - Facebook PDRM
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
'Bad rakan setugas paling istimewa' - Koperal Willen
Kehilangan rakan setugas berkaki empat, Bad pada 3 petang Isnin lepas meninggalkan kesan mendalam buat Koperal Willen Slamping@Sirampin, walaupun sebagai anggota polis beliau sudah lali dengan pelbaga