KUALA LUMPUR: Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat hari ini memberi jaminan badan kehakiman Malaysia melalui prinsip kedaulatan undang-undang yang didukung oleh kerjasama ASEAN, akan terus melaksanakan fungsinya tanpa rasa takut atau pilih kasih dan tanpa memihak kepada mana-mana pihak tertentu.
Dalam ucapan alu-aluannya pada Perhimpunan Agung Persatuan Undang-Undang ASEAN (ALA) ke-14 2023 di sini hari ini, Tengku Maimun berkata adalah penting untuk mengiktiraf walaupun rantau ASEAN mempunyai ciri sistem perundangan yang berbeza, prinsip kepatuhan kepada kedaulatan undang-undang dan menggalakkan tadbir urus yang baik, namun membentuk inti pati landskap undang-undang kita yang pelbagai.
"Aspirasi bersama ini, pada pandangan saya mewakili satu daripada asas jalinan warna-warni ASEAN; Kebanggaan Kami," katanya.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri amat percaya dengan prinsip 'kanonik' dan sokongannya menunjukkan bagaimana eksekutif dan badan kehakiman boleh terus melaksanakan fungsi mereka secara bebas antara satu sama lain namun, pada masa yang sama, memberikan sokongan yang diperlukan.
"Malah, di sebalik perbezaan kami dan sebagai ahli profesion undang-undang di rantau ASEAN, kami berkongsi dedikasi untuk mengejar keadilan.
"Kewajipan ini melangkaui sempadan negara dan sistem perundangan. Dan dengan melihat keadaan dengan cara yang lebih luas atau lebih umum, komitmen kolektif kami terhadap keadilan, tanpa mengira latar belakang masing-masing, menegaskan semula perpaduan kami dan mengukuhkan tekad kami ketika kami terus menegakkan kedaulatan undang-undang dan menggalakkan kerjasama di rantau ASEAN," katanya.
Selain itu, Tengku Maimun juga menghargai hakikat bahawa persidangan hari ini menyatukan minda cemerlang dari pelbagai negara, budaya dan sistem perundangan.
"Pada padangan saya, dalam gabungan perspektif yang harmoni ini, kita boleh mencari penyelesaian kepada masalah rumit yang melanda rantau kita," katanya.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, Ketua Hakim Negara Singapura merangkap Presiden ALA Sundaresh Menon dan bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Mohd Azmi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 19 2023
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat (empat, kiri) hadir pada Perhimpunan Agung Persatuan Undang-Undang ASEAN (ALA) ke-14 2023 di ibu negara hari ini. - Foto Bernama
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Kebebasan badan kehakiman perlu kekal jadi keutamaan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata kebebasan badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang perlu kekal menjadi keutamaan dalam menegakkan keadilan.
Bunuh Altantuya: Hukuman mati Azilah diganti penjara 40 tahun, 12 sebatan
Di bawah undang-undang baharu itu, hakim mempunyai kuasa budi bicara untuk mengenakan sama ada hukuman mati atau pemenjaraan antara 30 hingga 40 tahun.
Ceroboh Lahad Datu: Hukuman mati terhadap tujuh warga Filipina kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap tujuh lelaki warga Filipina, termasuk anak saudara Jamalul Kiram.
Bantuan guaman rapatkan jurang dalam keadilan - Tengku Maimun
Keadilan yang menjadi sebagai asas penting masyarakat perlu boleh diakses secara universal dan bukan keistimewaan yang dikhaskan.
Tembak mati pengawal keselamatan, dua terlepas hukuman gantung
Dua lelaki terlepas tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap mereka dengan penjara.
Peniaga besi buruk terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan semakan V Raja.
Litigasi ESG dijangka terus meningkat - Tun Maimun
Litigasi berkaitan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dijangka akan terus meningkat pada tahun mendatang.
Muhyiddin perlu tunjuk tauladan yang baik - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menggesa bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan tauladan dengan tidak menimbulkan sangkaan tidak baik susulan pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan pada Jumaat lalu
Nik Elin terima banyak ugutan bunuh
Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid membuat tiga laporan polis berhubung ugutan bunuh yang diterimanya baru-baru ini.
Muhyiddin sebar berita palsu - Fahmi
Fahmi berkata kenyataan Muhyiddin berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah tidak benar.