'Badut' panaskan Dewan Rakyat, MP Pendang diarah keluar

Umavathi Ramayah
Mac 8, 2023 09:55 MYT
Sesi persidangan Dewan Rakyat petang ini kecoh selepas Johari mengarahkan Awang keluar dewan selama dua hari. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sesi persidangan Dewan Rakyat petang ini kecoh selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul mengarahkan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) keluar dewan selama dua hari.
Sesi penggulungan itu menjadi lebih 'panas' apabila Ahli Parlimen Pandan menggelar Awang sebagai badut.
Rafizi: Pendang kalau hendak jadi badut, boleh cari menteri yang lain berucap, bukan masa saya... saya ada benda penting nak sebut.
Speaker: Saya rehatkan Pendang untuk dua hari, keluar sekarang, hari ini dan esok, saya sudah beritahu awal kalau menteri tak beri masa dan tempat, Pendang jangan bangkit sebab menteri tak bagi, tapi dia bangkit juga.
Saya dah beritahu beberapa kali, saya dilihat tidak boleh mengawal dewan kerana rakyat hendak dengar apa yang kita bincang, sebab itu Pendang hari ini dan besok, sila bangun.
Pendang direhatkan selama 2 hari, 'out now' - Speaker

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim direhatkan selama dua hari selepas cuba mencelah YB Pandan, Rafizi Ramli. "Pendang direhatkan selama 2 hari, 'out now'," kata Speaker Dewan Rakyat.#SisiTVParlimen#AWANInews pic.twitter.com/XJEwOuu9Np

— Astro AWANI (@501Awani) March 8, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Awang: Dia sebut saya badut, kalau tak badut, saya tak apa, dia tak tarik pun, saya tak dengar.
Rafizi: Saya tarik balik Pendang badut dan Pendang bolehlah keluar.
Awang: Saya nak dia tarik balik (kenyataan) Pendang keluar, itu bukan kerja dia, itu kerja Speaker.
Speaker: Baik, semua diam, Pendang dengan segala hormatnya, keluar! dua hari. Diam semua.
Sementara itu, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) turut bangkit mencelah dengan meminta supaya Rafizi tidak melakukan sebarang provokasi apabila menyebut nama seseorang secara spesifik.
#Dewan Rakyat #Parlimen #ahli parlimen pendang #diarah keluar