MALAYSIA
BAF 2025 tonjol keunikan seni Borneo, semangat perpaduan Malaysia - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berucap pada Majlis Penutupan Borneo Arts Festival (BAF) 2025 Labuan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan hari ini. - Foto BERNAMA
LABUAN: Borneo Arts Festival (BAF) 2025 bukan sahaja mempersembahkan keunikan seni Borneo, tetapi turut menonjolkan kekuatan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dalam menjayakan matlamat bersama, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ringkasan AI
Berucap pada majlis penutupan festival itu di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan malam ini, beliau berkata penyertaan pelbagai komuniti daripada penggiat profesional hingga ke peringkat akar umbi, membuktikan seni merupakan wadah penyatuan dan kekuatan sosial yang membentuk masyarakat lebih inklusif dan berintegriti.
"BAF 2025 menunjukkan bahawa seni bukan sekadar hiburan, tetapi juga bahasa perpaduan yang menghubungkan seluruh lapisan masyarakat. Di sinilah kita melihat bagaimana kreativiti mampu menyatukan kepelbagaian budaya dalam semangat Malaysia MADANI.
"Tahun ini, festival berlangsung dengan tema "Warisan Seni Borneo: Jalinan Seni dan Cahaya", menggambarkan sinergi antara tradisi dan inovasi, warisan dan kemodenan," katanya.
Beliau berkata tema itu mencerminkan aspirasi masyarakat Borneo yang berjaya mengekalkan identiti budaya sambil menyesuaikan diri dengan arus kemajuan.
Fadillah berkata seni dan budaya merupakan wahana penting dalam pembentukan masyarakat harmoni, dan amat selari dengan nilai MADANI seperti Hormat, Ihsan, Keberdayaan dan Kesejahteraan.
"Melalui seni, kita diajar menghargai perbezaan sebagai kekuatan, bukan kelemahan. Kepelbagaian budaya adalah kekayaan rohani dan sosial negara yang perlu terus diperkasa," katanya.
Fadillah turut menekankan peranan Labuan sebagai hab seni, budaya dan ekonomi kreatif dengan limpahan ekonomi yang dihasilkan melalui festival berkenaan memberi manfaat besar kepada sektor perniagaan, perusahaan mikro tempatan dan usahawan kreatif.
"BAF menjadi pemangkin penting menjadikan Labuan sebagai pusat acara berimpak tinggi. Ia membuka peluang baharu kepada golongan belia dan penggiat seni tempatan, seiring hasrat kerajaan memperkasakan sektor ekonomi kreatif dan pelancongan budaya," katanya.
Usaha berkenaan, katanya turut mendukung persediaan ke arah Tahun Melawat Malaysia 2026, dengan seni dan warisan sebagai komponen utama menarik pelancong.
Fadillah berkata Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini dipromosikan melalui subtema pelancongan Pesona 3W: #3Cerita1Jiwa, yang menggabungkan keunikan setiap wilayah sebagai satu identiti nasional.
"BAF 2025 adalah cerminan nyata kepada semangat #3Cerita1Jiwa, yang menjadikan seni dan budaya sebagai jambatan penyatuan tiga wilayah di bawah satu jiwa Malaysia MADANI," katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi dan rakan strategik termasuk Perbadanan Labuan, Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Pembangunan Kampong Baru, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Labuan (JPNIN), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pendidikan serta komuniti setempat atas komitmen padu menjayakan festival berkenaan yang bermula 13 Nov lepas hingga esok.
"Harapan saya agar BAF terus diperkasakan sebagai acara tahunan bertaraf antarabangsa yang mengangkat martabat seni Borneo dan memperkukuh kedudukan Labuan dalam sektor pelancongan dan ekonomi kreatif," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata BAF 2025 menonjolkan seni sebagai medium perpaduan, menyatukan pelbagai komuniti dalam semangat Malaysia MADANI.
- Festival ini membantu mengangkat Labuan sebagai hab seni dan ekonomi kreatif, sekali gus menyumbang kepada pelancongan serta persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026.
- Fadillah berharap BAF diteruskan sebagai acara tahunan bertaraf antarabangsa bagi memperkukuh warisan seni Borneo dan identiti nasional.