awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Bagaimana mereka dalam parti Islam pertikaikan ini?' - Anwar yakin noktah miskin tahun ini

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
09/03/2023
11:20 MYT
'Bagaimana mereka dalam parti Islam pertikaikan ini?' - Anwar yakin noktah miskin tahun ini
Perdana Menteri memberi jaminan tersebut selepas beberapa pihak daripada blok pembangkang didakwa mempertikaikan usaha kerajaan, dengan mengatakan mustahil kemiskinan dapat dinoktahkan - Foto/YouTube Parlimen
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan yakin mampu menoktahkan kemiskinan pada tahun ini.
Perdana Menteri memberi jaminan tersebut selepas beberapa pihak daripada blok pembangkang didakwa mempertikai usaha kerajaan, dengan mengatakan mustahil kemiskinan dapat dinoktahkan.
"Saya agak sangsi dengan pandangan beberapa yang menyebut 'dalam Islam tidak ada maksud menoktahkan kemiskinan', dan tak salah saya Kepala Batas mengatakan dalam tradisi Islam tidak boleh menoktahkan kemiskinan kerana ada zakat.
"Saya minta Yang Berhormat menelaah lagi... Tanggungjawab kita ialah pastikan agihan kekayaan itu dapat dimanfaatkan oleh segolongan besar.
"Bagaimana mereka yang dalam parti Islam ini kata ini tidak mungkin? Jadi, kita gunakan jentera kita sebaik mungkin.
"Percayalah saya akan pastikan seluruh jentera kerajaan tanpa tolak ansur memastikan kita noktahkan kemiskinan tegar tahun ini juga," katanya ketika sesi penggulungan kemengterian di Dewan Rakyat pada Khamis.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Dewan Rakyat
#Kerajaan Perpaduan
#kemiskinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan