awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bagan Datuk bakal berkembang sebagai pusat ilmu - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
28/01/2024
09:07 MYT
Bagan Datuk bakal berkembang sebagai pusat ilmu - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid (kiri) menyantuni pelajar Maahad Abd Fatah Wa Abdul Jalil Tahfizul Quran Libanat, Selekoh pada Majlis Pecah Tanah Sekolah Menengah Imtiaz Tuminah Hamidi di Sungai Balai hari ini. - Foto Bernama
BAGAN DATUK: Bagan Datuk bakal berkembang sebagai pusat tumpuan pendidikan dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ketika ini, terdapat empat institusi pendidikan di daerah itu termasuk Politeknik, Maktab Rendah Sains MARA dan Sekolah Menengah Sains.
"Sekarang sudah ada empat institusi dan saya jangka dalam tempoh akhir RMK12, akan wujud dua lagi institusi pendidikan," katanya selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Bangunan Baharu di Sekolah Menengah Imtiaz Tuminah Hamidi di Sungai Balai di sini hari ini.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata sekolah berkenaan dijangka siap dalam tempoh 30 bulan dan mampu menampung lebih 400 pelajar.
Sekolah Menengah Imtiaz Tuminah Hamidi diasaskan oleh Ahmad Zahid sebagai model peranan kecemerlangan ilmu dalam dunia pendidikan bagi melahirkan huffaz yang profesional, kompeten serta mampu bersaing dengan arus perdana revolusi industri demi agama, bangsa dan negara.
Terdahulu, dalam ucapannya Ahmad Zahid berkata beliau merancang untuk menjadikan Bagan Datuk sebagai pusat penyebaran ilmu dan pengajian al-Quran terutama apabila sebuah pusat tahfiz antarabangsa mula beroperasi di daerah itu dalam masa terdekat.
Ahmad Zahid berkata dana Yayasan Akalbudi yang dibekukan sebelum ini susulan kesnya di mahkamah dijangka dicairkan semula serta dipulangkan kepada beliau sebagai pemegang amanah dalam tempoh terdekat dan akan diguna bagi membiayai perbelanjaan Maahad Tahfiz.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bagan Datuk
#Zahid Hamidi
#pusat ilmu
#RMK12
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan