KUALA LUMPUR: Beberapa pegawai tadbir dan diplomatik Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (JPM), dilihat menarik beberapa bagasi pelbagai saiz berwarna hitam dan merah keluar masuk, dari aras yang menempatkan pejabat bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Ab Hamid dan timbalan-timbalannya.
Ini berdasarkan beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada 163 fail rakaman CCTV yang ditayangkan hampir satu jam di Mahkamah Tinggi pada Rabu, pada perbicaraan kes pecah amanah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) yang dihadapi Hasanah, yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Penyelidikan JPM.
Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Ahmad Farid Ahmad Kamal mengemukakan rakaman CCTV, ketika pemeriksaan utama terhadap Pegawai Siasatan di Bahagian Forensik Teknologi Ibu Pejabat SPRM, Badri Azni, 37.
Rakaman itu menunjukkan beberapa orang lelaki menarik keluar dan masuk beberapa bagasi melalui lif di aras satu, aras tujuh, dan anjung kereta, Blok B4, JPM pada 30 April dan 9 Mei 2018.
Bagaimanapun, mahkamah tidak diberitahu mengenai kandungan bagasi-bagasi berkenaan.
Ketika disoal balas peguam Muhammad Ashraff Mohd Diah yang mewakili Hasanah, adakah tertuduh (Hasanah) dilihat dalam ratusan fail rakaman yang ditunjukkan di mahkamah hari ini, Badri, yang merupakan saksi pendakwaan kelapan itu menjawab: “Tiada”.
Sementara itu, bekas polis bantuan JPM Norrashid Mahmud, 59, berkata, berdasarkan rakaman-rakaman tersebut, beliau mengenali kesemua individu yang dipaparkan menerusi rakaman CCTV berkenaan.
“Mereka adalah pegawai tadbir dan diplomatik di Blok 4, JPM (Bahagian Penyelidikan),” katanya ketika ditanya soalan tambahan semasa pemeriksaan utama oleh TPR Mohd Fairuz Johari, pada hari keenam perbicaraan kes tersebut.
Ketika membacakan penyataan saksinya, Norrashid yang juga saksi pendakwaan kesembilan berkata, beliau mengenali semua pegawai serta kakitangan di bahagian berkenaan, kerana telah bertugas lebih 20 tahun sebelum bersara pada 20 Oktober tahun lepas.
Pada 25 Oktober 2018, Hasanah, 64, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kompleks JPM, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya, antara 30 April hingga 9 Mei 2018, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh bersambung pada 12 April ini (Isnin).
Namun pihak media dan orang awam tidak dibenarkan berada di dalam mahkamah pada 12 hingga 16 April bagi mendengar keterangan 11 saksi pendakwaan yang dijalankan secara tertutup, kerana ia melibatkan isu keselamatan negara. - Bernama
Bernama
Wed Apr 07 2021
Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Ab Hamid meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas perbicaraan kes pecah amanah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) yang dihadapinya. - Foto BERNAMA
Penggunaan ‘wilayah’ bagi Sarawak bertepatan dengan MA63
Penggunaan wilayah bagi merujuk Sarawak menggantikan negeri adalah bertepatan kerana di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak diiktiraf sebagai wilayah dan bukannya negeri.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy adalah antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Australia mahu perkukuh hubungan dengan Sabah
Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.
Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Jasad mendiang pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan di Empire Paradise Christian Memorial Park, Penampang pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Arwah orang yang baik, tegas dan hormat orang tua'
Jirannya, Mohd Nazri Abu Samah, 55, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham hujung tahun lalu, ketika Allahyarham pulang menziarahi keluarganya.
Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas
Semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.
Hasanah bebas tuduhan pecah amanah AS$12.1 juta
Bekas Ketua Pengarah MEIO dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan pecah amanah wang AS$12.1 juta (RM50.4 juta).
Pecah amanah RM50.4 juta: Hasanah dilepas tanpa bebas
Wujud penemuan baharu berkaitan kes tersebut dan tertuduh akan dihadapkan semula dengan pertuduhan pada masa akan datang.
Bagasi hitam, merah ditarik keluar dari aras pejabat Hasanah
Bagaimanapun, mahkamah tidak diberitahu mengenai kandungan bagasi-bagasi berkenaan.
Enam utas jam tangan mewah bernilai RM142,410 dibeli secara tunai - Saksi
Saksi berkata enam utas jam tangan jenama Omega pelbagai model telah dibeli oleh seorang individu di sebuah kedai menjual jam tangan mewah di Pavilion, tiga tahun lepas.
Hasanah kalah dalam kes saman terhadap SPRM, Kerajaan
Bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEI0) Datuk Hasanah Ab Hamid hari ini kalah dalam kes menyaman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kerajaan Malaysia.
Kes Najib, Irwan Siregar dan Hasanah: Mahkamah KL jadi tumpuan media
Seawal pukul 6.30 pagi, pemberita dan jurugambar serta jurukamera daripada pelbagai agensi media mula berkumpul di luar kompleks mahkamah berkenaan.