SETIAP tahun sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, pastinya banyak iklan kreatif yang dimuat naik oleh jenama-jenama terkemuka tanah air untuk menyemarakkannya.
Selain mengangkat tema perpaduan dan patriotisme, acap kali iklan-iklan tersebut juga memaparkan mesej tersirat, serta mampu menyentuh perasaan mereka yang menontonnya.
Kali ini, tidak terkecuali seperti tahun-tahun sebelumnya, syarikat telekomunikasi, Celcom menampilkan sebuah filem pendek bertajuk “Bahagia Kita”, yang sarat dengan mesej meraikan keharmonian dan kebahagiaan hidup masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Filem pendek berdurasi lima minit 36 saat itu mengisahkan perjalanan seorang budak berusia 11 tahun, Haikal yang perlu menyelesaikan tugasan sekolahnya untuk menulis sebuah puisi tentang erti kemerdekaan.
Pada awalnya, Haikal hanya bertanyakan erti kemerdekaan kepada ibunya, tetapi jawapan yang diterima tidak memuaskan hati.
Bermula daripada situ, dia memulakan pengembaraan di sekeliling kawasan kejiranannya untuk menyelami budaya serta tingkah laku rakyat Malaysia yang pelbagai.
Sepanjang perjalanannya, dia mula menyedari bahawa masyarakat di negara ini sering mengamalkan keterbukaan, berkasih sayang, baik hati dan saling memahami antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang, warna kulit, kaum dan agama.
Meskipun perkara-perkara berkenaan terlihat kecil, namun ia telah menyumbang kepada keharmonian dan kebahagiaan sesebuah negara.
Selepas selesai dalam pengembaraannya, Haikal bertekad dan mendapat inspirasi untuk menyiapkan puisinya, malah kini dia mula memahami erti kemerdekaan yang telah dikecapi negara selama 65 tahun.
Saksikan filem penuh “Bahagia Kita” di sini:
Anda juga boleh menyaksikan wawancara ringkas Haikal bersama anak-anak kecil yang ditemuinya dalam "Merdeka tu apa?" di sini:
*Artikel ini adalah hasil kerjasama bersama Celcom Axiata Berhad.
Ehsan A Marisah
Tue Sep 06 2022

Celcom menampilkan sebuah filem pendek yang sarat dengan mesej meraikan keharmonian dan kebahagiaan hidup masyarakat berbilang kaum di negara ini. - Foto Celcom

Ibrahimovic pecah rekod Euro
Zlatan Ibrahimovic menjadi pemain kedua tertua beraksi dalam kelayakan kejohanan Eropah pada usia 41 tahun.

"Saya dan kawan-kawan ada perancangan nak..." - Anuar Zain kongsi 'plan' Ramadan
Penyanyi Anuar Zain memberitahu dia dan rakan-rakannya sudah mempunyai perancangan untuk menunaikan solat tarawih di masjid berlainan.

Puteri Sarah berlakon drama poligami, netizen sifatkan seakan kehidupan sebenar
Sarah memuat naik gambarnya bersama dua pelakon yang terlibat dalam drama berkenaan iaitu Daniella Sya dan Aida Khalida.

AWANI Ringkas: Kerja pembaikan paip pecah selesai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS
Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS

Pelarian Rohingya gagal lari ke Malaysia
Penahanan kumpulan termasuk wanita dan kanak-kanak itu dibuat di bandar Thanbyuzayat di selatan Yangon.

KPDN Terengganu gerakkan 116 penguat kuasa Op Pantau 2023
Lokasi yang dipantau termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar tani, pasar raya dan aktiviti jualan dalam talian.

AWANI Ringkas: Sediakan perkhidmatan lebih baik dan adil kepada rakyat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Azeem raih emas acara 100 meter di Florida
Azeem menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.32 saat sekali gus meninggalkan sembilan pelumba lain.

Mangsa banjir di Johor menurun kepada 263 orang pagi ini
Kesemua 64 keluarga itu ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara yang masih beroperasi ketika ini.

DCI raih tersenarai dalam MBOR, Jalur Gemilang terpanjang di Sky Bridge
Syarikat hartanah terkemuka, Datumcorp International Sdn Bhd (DCI) tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR) selepas diiktiraf memaparkan Jalur Gemilang Terpanjang di Sky Bridge.

Cipta pengalaman baharu menerusi Glamping @ Muzium Negara
60 peserta berbilang bangsa dan umur menyertai aktiviti Glamping @ Muzium Negara bagi menyemarakkan sambutan Hari Malaysia tahun ini.

Menghayati roh kemerdekaan dan memaknai Hari Malaysia: Membebaskan minda, jiwa dan raga
31 Ogos merupakan tarikh keramat kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya yang sangat memahami makna, nilai dan harga sebuah kemerdekaan.

Bursa Malaysia dibuka rendah, pelabur masih dalam kebimbangan
Bursa Malaysia memulakan urus niaga pagi ini rendah selepas cuti hujung minggu Hari Malaysia yang panjang.

Wanita diseru fokus agenda perkasa wanita dalam pembangunan negara - Noraini
Noraini berkata wanita hari ini semakin berdikari, kuat, berani dan bukan lagi lemah serta hanya mengikut arahan.

Lebih 10,000 meriahkan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Sarawak
Lebih 10,000 pengunjung memeriahkan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Sarawak di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu, pada Jumaat.

Sabah manfaat hubungan baik dengan Persekutuan, pastikan tuntutan dipenuhi - Hajiji
Kerajaan negeri Sabah akan memanfaatkan sepenuhnya persefahaman serta hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan dalam memastikan semua tuntutan Sabah dipenuhi sekali gus dilaksanakan.

Sarawak syukur ada ruang untuk bincang MA63 - Abang Johari
Sebuah kementerian yang khusus untuk melihat dan memperbetulkan kepincangan mengenai pelaksanaan MA63 seperti yang diinginkan oleh rakyat Sarawak dan Sabah telah ditubuhkan.

Kepantasan Muhammad Azeem, Nor Sarah hangatkan Sukma ke-20
Masing-masing dinobatkan raja dan ratu pecut Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 selepas mendominasi akhir acara 100 meter (m) hari ini.

Hari Malaysia: Pegang nilai Keluarga Malaysia hadapi anasir jahat - PM
Nilai-nilai Keluarga Malaysia iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran harus terus dipegang bagi membina kekuatan.