MALAYSIA

Bahan binaan jatuh di trek, ganggu sistem LRT laluan Kelana Jaya

Astro Awani 12/01/2015 | 09:35 MYT
Kerja membaikpulih dijangka siap pada jam 9 malam ini. -Gambar: Twitter/MyRapidKL
Sistem LRT Laluan Kelana Jaya mengalami gangguan seketika akibat bahan binaan yang jatuh berhampiran stesen LRT Kerinchi pada jam 2.30 petang tadi.

Jurucakap Rapid KL berkata, susulan insiden itu tren LRT di laluan itu beroperasi secara berselang-seli atau alternate dan telah menyebabkan sedikit kelewatan.

"Pengguna dinasihatkan supaya mengambil kaedah alternatif bagi pengangkutan awam," kata seorang jurucakap Rapid KL dalam satu kenyataan sejurus selepas kejadian.

Tambahnya, kerja-kerja sedang dijalankan oleh jurutera Rapid KL untuk membaiki kerosakan.


An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dalam berkembangan terkini, RapidKL berkata sistem dijangka pulih sepenuhnya pada jam 5.30 petang tadi.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#KJ Line #Rapid KL #rosak