IPOH: Penulis novel dan cerpen, Baharuddin Kahar atau Baharuddin Buyung Kahar dinobatkan sebagai Sasterawan Negeri Perak selepas menerima Anugerah Utama Hadiah Sastera Darul Ridzuan Ke-7 (HSDR7).
People of Remarkable Talents (PORT) dalam satu kenyataan berkata, Baharuddin membawa pulang wang tunai RM30,000 serta sijil penghargaan yang disampaikan Exco Perak mewakili Menteri Besar, Khairudin Abu Hanipah pada Majlis Anugerah HSDR-7, dekat sini, baru-baru ini.
Menurut PORT, pemilihan Baharuddin sebagai Sasterawan Negeri Perak diputuskan berdasarkan sumbangan dan peranan besar beliau terhadap perkembangan sastera Melayu Moden yang telah bermula sekitar tahun 1970-an sehingga kini.
Baharuddin, 77, anak kelahiran Tanjung Rambutan itu mula menempa nama sebagai penulis cerpen melalui karya sulungnya ‘Abah Nak Jumpa Abang’ yang diterbitkan dalam akhbar Utusan Zaman pada April 1971.
Ujar PORT, Baharuddin kemudiannya meraih pelbagai kejayaan menerusi karya-karya cerpen antaranya ‘Longnya Laku’ yang memenangi hadiah Sayembara Cerpen Esso-GAPENA 1980, serta ‘Sempana Ganja Iras’ dipilih bagi menerima Hadiah Sastera Malaysia 1982/83.
“Novel pertamanya yang berjudul ‘Senja kala’, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1986 telah memberikan impak yang besar kepada masyarakat sastera.
“Novel itu kemudiannya dipilih sebagai teks sastera peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selama lima tahun berturut-turut iaitu dari tahun 1988 hingga tahun 1992.
“Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) kemudiannya telah menterjemahkan novel itu ke dalam bahasa Inggeris dengan judul ‘Twilight Time’ (2009).
“Sumbangan besar Baharuddin Kahar dalam kedua-dua genre (novel dan cerpen) ini menjadikan namanya tidak dapat dikesampingkan dalam jalur sejarah sastera Melayu Moden Malaysia pada abad ke-20,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, dalam kenyataan sama PORT memaklumkan penulis, ‘Mana Sikana’ atau Abdul Rahman Napiah, 77, diumumkan sebagai penerima Anugerah Karyawan Sepanjang Hayat HSDR-7 yang membawa pulang wang tunai RM20,000 serta piala dan sijil penghargaan.
Kata PORT, anak kelahiran Bagan Serai itu dipilih menerusi karyanya yang berjudul ‘Teori Genre Sastera’ yang diterbitkan oleh Dewan Sastera pada dua tahun lalu.
Sehingga kini, Mana Sikana telah menghasilkan 250 buah cerpen dengan menerbitkan sembilan kumpulan cerpen, 30 teks drama pentas, 200 drama radio dan 50 drama televisyen.
“Dalam pada itu, Profesor Emeritus Dr. Mohamad Bohari Ahmad juga telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Utama bagi kategori ‘Anugerah Ilmuwan Perak’ yang membawa pulang hadiah yang sama.
“Bagi kategori Pejuang Sastera pula, Hafiz Hamzah atau Hazril Hafiz Mohd Hassan telah dinobatkan sebagai pemenang dengan menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM15,000 beserta piala dan sijil penghargaan,” tambahnya.
Dalam kenyataan sama, Pengurus Besar PORT merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur HSDR7, Nur Hanim Mohamed Khairuddin berkata, seramai sembilan ahli panel telah dilantik kerajaan negeri bagi menilai lebih 400 karya yang diterbitkan bermula tahun 2019 hingga 2021.
Katanya, barisan panel berkenaan diketuai Dr Mohd Hanafi Ibrahim yang merupakan penyelidik bersama bagi projek ‘Gender dalam Sastera Melayu’ dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); penyelidik pakar dalam MASTERA Malaysia dan Sidang Editorial bagi projek ASEAN Committee on Culture and Information (COCI), ‘ASEAN 20th Century Literatures’.
Penganjuran HSDR yang memasuki siri ketujuh dianjurkan Kerajaan Perak menerusi PORT dan Tourism Perak, yang turut mendapat kerjasama daripada DBP, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak serta Majlis Kebudayaan Negeri.
Amirrul Rabbani
Tue Jan 31 2023
Baharuddin Kahar (dua dari kiri) menerima hadiang kemenangan dan sijil penghargaan yang disampaikan Exco Perak mewakili Menteri Besar, Khairudin Abu Hanipah (tiga dari kanan) pada Majlis Anugerah HSDR-7, baru-baru ini. - Gambar ihsan PORT
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Syria akan hukum pelaku kekejaman era Assad
Pemimpin utama pejuang yang menggulingkan Bashar al-Assad menegaskan bahawa semua yang terlibat dalam penyeksaan atau pembunuhan tahanan semasa pemerintahan Assad akan dihukum tanpa pengampunan.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Baharuddin Kahar dinobatkan Sasterawan Negeri Perak
Pemilihan Baharuddin berdasarkan sumbangan dan peranan besar beliau terhadap perkembangan sastera Melayu Moden yang bermula sejak 1970-an.