IPOH: Penggunaan bahasa kolokial (bahasa percakapan atau bahasa basahan) dan bahasa dialek dalam kalangan masyarakat perlu dipertahankan agar tidak berlaku kepupusan dek arus kemodenan dan kecanggihan teknologi.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata pengaruh media sosial antara faktor yang boleh mempengaruhi penggunaan bahasa kolokial yang semakin menipis dalam kalangan generasi muda.
Beliau berkata perkara sebegini seharusnya tidak berlaku kerana keberdayaan sesuatu bahasa itu akan terkesan dari penggunaan bangsa yang menuturkannya.
"Natijahnya, penggunaan bahasa natif ini akan semakin berkurangan dan berlaku dalam kelompok yang kecil sahaja sehingga lama-kelamaan menyebabkan ia akan pupus dan hilang jati dirinya.
"Justeru, perkara ini tidak boleh dipandang remeh dan perlu diambil tindakan yang sewajarnya," katanya dalam ucapan pada program Bicara Bahasa Kolokial: Melestarikan Keberdayaan Bahasa Komuniti "Moh Labun Loghat Perak" di sini semalam.
Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Azman Mohd Yusof.
Program anjuran Arkib Negara Malaysia turut dihadiri Ketua Pengarahnya, Datuk Jaafar Sidek Abdul Rahman.
Program itu bertujuan memberi pendedahan mengenai penggunaan bahasa kolokial dalam masyarakat tempatan di Perak.
Dalam pada itu, Aaron Ago berkata kedudukan negeri Perak yang strategik dan bersempadan dengan banyak negeri antaranya Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Selangor, Selat Melaka serta Selatan Thailand yang menyumbang kepada perkongsian budaya dan penggunaan dialek yang hampir sama dengan negeri yang bersempadan tersebut.
"Justeru, tidak hairanlah bahasa kolokial yang digunakan oleh penduduk setempat telah diresapi oleh dialek negeri yang bersempadan contohnya dialek Pattani di daerah Hulu Perak serta Larut Matang dan Selama, dialek Kedah di Taiping dan kawasan ke utara serta dialek Selangor di daerah Ipoh dan ke selatan.
"Bahasa pertuturan Perak yang asli adalah bahasa dialek yang dituturkan oleh penduduk di Kuala Kangsar dan Perak Tengah. Faktor geografi atau muka bumi, migrasi, sejarah dan demografi juga memainkan peranan penting dalam penggunaan bahasa yang dituturkan.
"Bahasa pertuturan yang digunakan memainkan peranan penting dalam pengukuhan sikap toleransi dan jalinan silaturahim yang seterusnya memperteguh ikatan perpaduan antara kaum yang menghuni di negeri ini," katanya.
Sementara itu, Aaron Ago berkata usaha yang dilaksanakan Arkib Negara Malaysia dalam mendokumentasikan bahasa kolokial merupakan satu daripada usaha murni bagi memasyarakatkan warisan negara supaya ia dapat kekal dirujuk dan dihayati generasi akan datang.
"Namun begitu, Arkib Negara Malaysia tidak seharusnya memikul tanggungjawab secara bersendirian malah semua pihak perlu berganding bahu bersama-sama membantu dan bekerjasama dengan jabatan ini sama ada sebagai pertubuhan, perkumpulan, persatuan mahupun orang perseorangan.
"Bersama-samalah kita berkolaborasi menjayakan program intelektual yang mengangkat kepelbagaian budaya agar kelestarian dan keberdayaan khazanah warisan negara terus kekal dan relevan demi memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 27 2023
Azman ketika mewakili Aaron berucap pada program Bicara Bahasa Kolokial: Melestarikan Keberdayaan Bahasa Komuniti "Moh Labun Loghat Perak" di Ipoh, 26 Okt 2023. - Foto Facebook Kementerian Perpaduan Negara
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
'Bahasa kolokial, dialek perlu dipertahan agar tidak pupus'
Pengaruh media sosial antara faktor yang boleh mempengaruhi penggunaan bahasa kolokial yang semakin menipis dalam kalangan generasi muda.