awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mayat bayi lelaki ditemukan dalam tong sampah di hentian sebelah Yong Peng
Bekas jurutera mengaku salah cuba guna wang palsu, curi barang kemas
Presiden Filipina tandatangani belanjawan negara 2026 berjumlah AS$115 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baik pulih runtuhan tebing Sungai Kelantan perlu disegerakan

Bernama
Bernama
20/12/2024
13:30 MYT
Baik pulih runtuhan tebing Sungai Kelantan perlu disegerakan
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata bagaimanapun proses kajian tanah secara menyeluruh perlu dilakukan untuk mengesan jika terdapat pergerakan tanah di kawasan lain. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Kerja-kerja baik pulih runtuhan tebing Sungai Kelantan berhampiran sebuah kondominium dan hotel perlu dilaksanakan segera bagi mengelakkan masalah itu merebak ke kawasan lain.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata bagaimanapun proses kajian tanah secara menyeluruh perlu dilakukan untuk mengesan jika terdapat pergerakan tanah di kawasan lain.
"Kerajaan negeri sifatkan kejadian ini sebagai bencana yang perlu diambil tindakan dan JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) telah mengeluarkan laporan berhubung perkara ini untuk rujukan dan tindakan seterusnya termasuk nasihat teknikal.
"Walau apa sahaja kekangan, kerajaan negeri akan berusaha memastikan tindakan dapat diambil segera bagi mengelak sesuatu tidak diingini berlaku," katanya kepada Bernama hari ini.
Bernama, Isnin lepas melaporkan satu runtuhan sepanjang hampir 50 meter berlaku di tebing Sungai Kelantan berdekatan sebuah pangsapuri dan hotel di Jalan Post Office Lama.
Runtuhan itu menyebabkan laluan pejalan kaki dan rekreasi turut runtuh pada ketinggain hampir 10 meter.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamed Fadzli Hassan
#baik pulih
#tebing Sungai Kelantan
#Jabatan Pengairan dan Saliran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan