BUDGET-2015
BAJET 2015: Apa yang boleh kita jangkakan?
Masih ada segelintir daripada kita yang merasakan diri renggang dengan realiti pelan dan pelaksanaan sesuatu dasar mengikut kerangka bajet yang dibuat setiap tahun -
Setiap tahun, tumpuan dalam pembentangan bajet sering sahaja berteraskan idea kesejahteraan rakyat. Pelbagai usaha dan pendekatan digariskan dengan mengambil kira keperluan setiap rakyat negara ini dalam menempuh cabaran sosial dan ekonomi.
Begitupun, masih ada segelintir daripada kita yang merasakan diri ‘renggang’ dengan realiti pelan dan pelaksanaan sesuatu dasar mengikut kerangka bajet yang dibuat setiap tahun. Maka dengan itu, hasrat dan harapan golongan tersebut akan disuarakan mengikut saluran tertentu agar dapat diberi perhatian sewajarnya.
Ketidakpastian rakyat mengenai kuasa kewangan mereka pada masa ini dan untuk tahun mendatang adalah berikutan pengenalan cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) pada April tahun depan dan tindakan rasionalisasi subsidi minyak baru-baru ini.
Rakyat Malaysia secara umum, dalam cuba menerima kewajaran itu, tetap mengharapkan pelarasan tertentu sebagai imbangan.
Secara keseluruhan, melalui banyak tinjauan yang dijalankan, aspek jangkaan yang menjadi harapan
utama rakyat Malaysia dalam Bajet 2015 adalah soal peluang pekerjaan, pemilikan hartanah, kos
sara hidup, pendidikan dan kebajikan sosial.
KOS SARA HIDUP
Kerajaan diharapkan dapat mengetengahkan usaha yang kukuh dan efisien bagi mengawal kesan rantaian akibat pihak yang mahu mengambil kesempatan menaikkan harga atas alasan keputusan pengurangan subsidi RON95 dan diesel.
Pemantauan, penguatkuasaan dan hukuman yang berterusan serta bukan hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’ memainkan peranan penting bagi memastikan alasan menanggung ‘beban harga’ oleh pihak oportunis boleh dikurangkan seminimum mungkin.
Antara yang boleh dilakukan adalah bantuan kewangan tambahan bagi penerima BR1M, pelarasan semula struktur cukai pendapatan individu.
PELUANG PEKERJAAN
Dalam Bajet 2014, sektor pelancongan menerima imbuhan besar kerana keyakinan kerajaan terhadap masa depan industri tersebut yang mempunyai prospek tinggi sekali gus mampu membuka lebih banyak peluang niaga dan pekerjaan.
Dalam Bajet 2015, sektor perkhidmatan dijangka mendapat perhatian khusus. Jika industri pembuatan di luar kawalan iaitu ia banyak bergantung kepada pelaburan asing, bagi sektor perkhidmatan pula, kesannya lebih pantas dan di dalam kawalan.
Perkembangan sektor perkhidmatan berpotensi tinggi seperti minyak dan gas, penyelenggaran, pembaikan dan pemulihan, reka bentuk kreatif, perkhidmatan pembuatan elektrik dan perkhidmatan maklumat dan komunikasi perlu menjadi sasaran kerana semua itu mampu membawa pulangan peratusan yang lebih tinggi kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara.
PEMILIKAN KEDIAMAN/HARTANAH
Menambah baik perancangan, pelaksanaan dan pembangunan PR1MA dengan mengenal pasti kawasan baharu yang mesra penduduk urban, menggandakan jumlah unit yang ditawarkan dan mengawal kos pembinaan tanpa berkompromi dengan kualiti.
Sementara itu, kerajaan boleh mempertimbangkan untuk mengurangkan kadar duti stem bagi hartanah atau kediaman yang dibangunkan untuk golongan pertengahan dan rendah, dan memindahkan imbangan duti tersebut kepada golongan atasan yang mampu memiliki kediaman serta hartanah mewah.
BR1M
Ini merupakan jangkaan ramai yang popular walaupun tidak semua orang bersetuju dengan keberkesanan pemberiannya buat tempoh masa panjang. Kenaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah yang berpendapatan RM5,000. Sewaktu agihan BR1M 2014, syarat kelayakan isi rumah adalah mereka yang berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000.
Jumlah BR1M kepada isi rumah meningkat kepada RM950 bagi RM3,000 ke bawah, RM750 pendapatan sehingga RM4,000 dan bujang RM600.
PENDIDIKAN
Pelan pembangunan tenaga pengajar profesional dan perbelanjaan projek infrastruktur yang terkawal mampu menyambung langkah pelaburan pendidikan demi masa depan. Ini termasuklah latihan dan intensif perguruan yang menyeluruh dan relevan dengan perkembangan zaman, penyediaan keperluan asas yang baik untuk setiap prasarana pendidikan, meningkatkan akses Internet dan pengenalan modul pembelajaran yang lebih terkehadapan. Sementara itu, bantuan kewangan khusus buat penuntut universiti untuk membeli perkakasan pengajian dan buku rujukan.
Selama ini para penuntut pengajian tinggi, khususnya bagi bidang tertentu, ‘berpeluh’ mengenai harga buku yang mahal.
BELIA
Penyediaan skim bantuan kewangan khas untuk golongan graduan muda dan belia umumnya supaya berpeluang melibatkan diri dalam bidang perniagaan alternatif sebagai sumber pendapatan sokongan.
Ini boleh dilaksanakan melalui pengenalan program-program keusahawanan, dana permulaan bisnes, skim latihan dan skim Internet murah bagi yang mahu memulakan bisnes dalam talian.
KEBAJIKAN SOSIAL (GOLONGAN OKU/WARGA TUA)
Ini merupakan tanggungjawab sosial negara, kata Penganalisis Ekonomi, Prof. Amir Baharuddin. Menurut beliau, sebagai kerajaan yang prihatin, seharusnya golongan ini tidak boleh diabaikan kebajikan mereka. Kerajaan dijangka menambah peruntukan bagi golongan ini supaya golongan OKU lebih aktif terlibat dalam lebih banyak dalam dasar pertumbuhan ekonomi negara melalui penyediaan peluang pekerjaan, sementara pelan persaraan dan kemudahan kesihatan yang lebih terjamin bagi warga tua.
KELAS PERTENGAHAN
Golongan berpendapatan sederhana sering ‘mengeluh’ kerana kurang merasa nikmat Bajet. Sudahlah tidak layak menerima BR1M, malah terpaksa pula berdepan dengan hakikat kos sara hidup yang meningkat.
Berikutan kebanyakan golongan pertengahan ini mencari nafkah di bandar-bandar, golongan berharap agar kerajaan dapat mempertimbangkan bantuan khas seperti token khas untuk menampung kos tanggungan petrol mahupun pelarasan cukai yang baharu iaitu dikurangkan kepada kadar tertentu, antara 1 hingga 3 peratus mungkin?
**TRIVIA: Khabar dari pihak bank
Apa kata anda tentang ini?

Pelaksanaan GST adalah penting memandangkan kesemua bank telahpun membangunkan dan sedia menggunakan sistem dilengkapi GST menjelang April tahun depan. Kesemua kos yang terbabit dalam membangunkan sistem itu ditanggung oleh pihak bank sebagai inisiatif kebangsaan kerana patuh pada keperluan. Atas tanggungan kos ekstra itu, pihak bank pernah mencadangkan usul menaikkan kadar pinjaman asas (BLR) untuk tujuan pertumbuhan pinjaman.
Apa kata anda tentang ini?