Kerajaan persekutuan akan memastikan tahap hutang kekal terurus melalui pelbagai program dan dasar pengurusan hutang yang berhemat.
Laporan Ekonomi 2014/2015 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan menyebut bahawa komitmen itu disandarkan kepada pelaksanaan dasar ekonomi makro yang baik, pematuhan kepada peraturan dan perundangan fiskal serta strategi pengurusan hutang.
Menurut laporan itu, walaupun paras hutang dalam negeri meningkat, kerajaan persekutuan akan memastikan komitmen untuk membayar balik tanggungan hutang dipenuhi sewajarnya.
Laporan itu menjelaskan bahawa pada akhir Jun 2014, hutang dalam negeri kerajaan persekutuan adalah RM568.9 bilion berbanding RM539.9 bilion bagi tempoh yang sama tahun lepas disebabkan terutamanya oleh terbitan hutang domestik yang lebih tinggi untuk memenuhi keperluan pembiayaan.
Pada tempoh yang sama, hutang kerajaan persekutuan mencatat 52.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan masih di bawah tahap berhemat dan terurus iaitu 55 peratus daripada KDNK.
Bagi hutang luar negeri, pada akhir Jun 2014 ia berjumlah RM729 bilion atau 67.6 peratus daripada KDNK berbanding RM696 bilion bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Hutang luar negeri telah didefinisi semula yang merangkumi pinjaman luar pesisir oleh kerajaan persekutuan, perusahaan awam dan sektor swasta serta pegangan sekuriti hutang dalam denominasi ringgit oleh bukan pemastautin, deposit bukan pemastautin, hutang perdagangan yang diberikan oleh rakan dagang luar negeri dan liabiliti hutang yang lain.
Laporan itu menyebut bahawa peningkatan hutang ini terutamanya disebabkan oleh pinjaman luar pesisir yang lebih besar oleh sektor swasta dan pegangan sekuriti hutang serta deposit dalam denominasi ringgit oleh bukan pemastautin.
Dalam pada itu, untuk bahagian pembiayaan, pinjaman kasar kerajaan persekutuan dijangka lebih rendah berikutan keperluan pembiayaan defisit yang lebih kecil selaras dengan langkah konsolidasi.
Laporan itu memberitahu bahawa ini sejajar dengan peraturan yang ditetapkan kerajaan dengan pinjaman hanya dibuat untuk membiayai pembangunan.
"Memandangkan kecairan pasaran kewangan adalah tinggi, keperluan pembiayaan akan diperoleh daripada sumber domestik dan dijangka tidak menjejaskan peluang sektor swasta mendapat pembiayaan.
"Pada 2014, pinjaman kasar dianggar berjumlah RM84.7 bilion dengan RM84.5 bilion diperoleh daripada sumber domestik. Setelah mengambil kira RM47.6 billion bagi penebusan pinjaman sedia ada, pinjaman bersih sebanyak RM37.1 bilion akan digunakan untuk membiayai defisit," kata laporan itu.
Bernama
Fri Oct 10 2014
Walaupun paras hutang dalam negeri meningkat, kerajaan persekutuan akan memastikan komitmen untuk membayar balik tanggungan hutang dipenuhi sewajarnya.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
BAJET 2015: Pertemuan dengan pemain industri kreatif minggu depan - Shabery Cheek
Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan bertemu dengan pengusaha industri kreatif bagi membincangkan mengenai peruntukan Bajet 2015.
Pusat percetakan Al-Quran kedua terbesar dunia di Putrajaya
Pusat Percetakan Al-Quran, yang kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi, bakal dibina di pusat pentadbiran negara, Putrajaya.
Had kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam dinaikkan
Kerajaan bersetuju menaikkan had kelayakan minimum pinjaman perumahan daripada RM80,000 kepada RM120,000.
Peruntukan RM9.1 bilion mampu mantapkan keupayaan PDRM - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menganggap peruntukan sebanyak RM9.1 billion dalam Bajet 2015 dapat memantapkan keupayaan dan kapasiti pasukan keselamatan itu.
BAJET 2015: Apa yang anda perlu tahu?
Intisari penting pembentangan "Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat".
Bajet 2015: RM100 juta untuk majukan industri kreatif
Sebanyak RM100 juta akan disalur melalui Dana Industri Kandungan Digital bagi menggalakkan perkembangan industri kreatif negara.
BAJET: Bantuan persekolahan RM100, baucar buku RM250 diteruskan
Kerajaan akan meneruskan bantuan persekolahan RM100 kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah serta baucar buku RM250.
BAJET: Pasar raya dan gedung nikmati jualan memberangsangkan
Subsektor perdagangan borong dan runcit mencatat pertumbuhan kukuh 8.9 peratus dalam tempoh separuh pertama 2014.
BAJET 2015: Pengecualian GST ke atas jualan runcit RON95 dan barangan lain
Pengumuman pengecualian GST ke atas penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan gas memasak LPG serta barangan lain.
Sepintas lalu "Bajet 2015 : Ekonomi keperluan rakyat"
Bajet 2015 bertemakan "BAJET 2015 : EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT" yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, Jumaat.