Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan menyarankan kerajaan untuk menghentikan penjualan tanah kepada pemaju tetapi sebaliknya menyediakan tanah untuk dibangunkan dengan perumahan awam dan rumah mampu milik.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB), syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) seperti FELDA atau mana-mana Yayasan juga perlu wujudkan skim sewa beli kepada golongan sasar yang mana gagal mendapatkan pinjaman darpada institusi perbankan.
“Sebagai contoh, Yayasan Wilayah Persekutuan yang membantu memberikan pinjaman kepada penduduk yang berkeinginan membeli rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) yang diduduki tetapi mempunyai masalah kewangan,” katanya di dalam satu kenyataan media.
Saranan-saranan ini telah dikemukakan oleh pihak Pemuda Umno di dalam satu memorandum usul Bajet 2015, kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan semalam.
Mohd Razlan berkata kaji selidik yang dilakukan dalam laman sosial, Facebook mendapati antara sebab anak muda gagal memiliki rumah adalah sukar untuk mendapat pembiayaan perumahan daripada bank disebabkan faktor gaji kerana harga jualan rumah paling rendah sekitar RM300,000 ke atas.
“Jika dilihat pada tangga gaji lepasan Diploma bermula sekitar RM1,300 sehingga RM2,000 dan lepasan Ijazah pula RM1,900 sehingga RM3,000 sebulan, sudah tentu tidak memungkinkan seseorang itu merealisasikan hasrat memiliki rumah sendiri.
“Walaupun tidak dinafikan Kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk insentif seperti projek PR1MA, namun ia tetap gagal dimiliki oleh golongan sasar kerana terdapat syarat-syarat yang terlalu ketat dikenakan oleh pihak bank untuk memberi pinjaman.
“Mungkin sudah tiba masanya pihak bank melonggarkan sedikit syarat atau memberi skim pinjaman istimewa untuk golongan memerlukan bantuan membuat pembelian rumah pertama,” ujarnya.
Tambah beliau lagi, mengambil kira faktor keperluan rumah mampu milik hari ini, mungkin kerajaan boleh memikirkan satu projek perumahan yang dinamakan sebagai Bandar Belia sebagai perintis bagi memacu demografi Malaysia.
T K Letchumy Tamboo
Tue Sep 09 2014
RAZLAN: Walaupun tidak dinafikan Kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk insentif seperti projek PR1MA, namun ia tetap gagal dimiliki oleh golongan sasar
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
#KamiMahuAir: Sekretariat serah memorandum, tuntut hak bekalan air di Sabah
Memorandum tersebut diserahkan susulan himpunan #KamiMahuAir yang dirancang sebagai membantah isu bekalan air yang dihadapi UMS.
Penipuan Skim Pelaburan: Pastikan syarikat pelaburan punyai prospektus - MHO
Prospektus merupakan dokumen untuk penawaran saham yang membantu pelabur membuat keputusan pelaburan dengan maklumat yang lebih banyak.
Lebih 260 penduduk Kampung Sungai Baru serah memorandum kepada PM
"Proses pengambilan tanah adalah kaedah terakhir bagi merealisasikan hasrat kami yang telah bersetuju untuk memiliki rumah yang lebih selesa."
Adab akan adakan mesyuarat bincang isu kepentingan masyarakat Melayu - Pengerusi
Tiga perkara menyentuh kepentingan masyarakat Melayu ialah isu berhubung Tanah Rizab Melayu, pemerkasaan bahasa dan ekonomi.
Hina Nabi Muhammad: 140 NGO hantar memorandum bantahan terhadap Suruhanjaya Tinggi India
NGO tersebut mendesak parti utama Kerajaan India, Bharajaya Janata (BJP) mengambil tindakan tegas terhadap dua individu yang terlibat dalam kontroversi itu.
PeSAWAH serah memorandum di Parlimen, senaraikan 14 saranan untuk kerajaan
Seramai 40 orang petani dari Perlis, Kedah, Perak, Melaka dan Johor menghantar memorandum tersebut yang diketuai Pengerusinya, Muhammad Fuad Yaacob.
Pengayuh beca Pulau Pinang kecewa elaun dipotong
Mereka mendakwa elaun yang tertunggak sejak Januari itu hanya dibayar semalam selepas mendapat tahu mereka akan mengadakan demonstrasi.
175 NGO rayu campur tangan Agong henti perebutan kuasa antara pemimpin politik
Memorandum mewakili 175 NGO Islam itu antara lain memohon campur tangan YDPA agar pemimpin politik berhenti daripada berebut kuasa supaya negara terus aman dan harmoni.
KDN arah PDRM, pihak berkuasa siasat isu kematian dalam tahanan
KDN mengarahkan PDRM dan pihak berkuasa terlibat memulakan siasatan menyeluruh mengikut prosedur serta tatacara yang ditetapkan oleh perundangan negara berhubung kes kematian dalam tahanan.
20 NGO serah memorandum bantah iklan judi raya kepada Zahidi
Memorandum yang meminta kerajaan mengambil tindakan terhadap operator judi raya dalam talian itu diserahkan oleh Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.