Episod empat Pra Bajet 2015 membincangkan mengenai cabaran yang perlu ditangani dunia pendidikan negara, di mana ia meliputi perkara-perkara yang diperlukan Negara dalam pembangunan modal insan yang mampu memenuhi keperluan industri tenaga kerja antarabangsa.

Perbincangan dikendalikan oleh Ketua Pengarang Kumpulan Astro Awani dan hos, Suhaimi Sulaiman bersama tiga tetamu jemputan iaitu Professor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak, Penyandang Kursi Kepemimpinan Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Professor Dato' Dr. Hassan Said, Naib Canselor & Presiden, Taylor's University dan Datuk Hj. Shamsuddin Bardan, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia.

Turut menjadi perhatian dalam episod ini ialah kepentingan institusi pengajian tinggi membentuk modal insan berkualiti dan memenuhi kelayakan bagi mengisi pasaran pekerjaan tempatan.

Program khas untuk tempoh 30 minit ini merupakan sempena Pembentangan Bajet 2015 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 10 Oktober depan.