Potongan cukai bagi sukuk di bawah prinsip Ijarah dan Wakalah dicadangkan untuk dilanjutkan bagi tempoh tiga tahun lagi bermula tahun taksiran 2016 sehingga 2018.
Dalam pembentangan Bajet 2016 hari ini, kerajaan mencadangkan insentif sama turut diberikan kepada perbelanjaan penerbitan sukuk di bawah prinsip Mudharabah, Musyarakah, Istisna', Murabahah dan Bai Bithaman Ajil berasaskan tawarruq yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi tahun taksiran 2003 sehingga 2015.
Langkah sama turut digunapakai bagi penerbitan sukuk yang mematuhi ciri-ciri Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI).
Kerajaan turut mencadangkan lanjutan potongan dua kali atau potongan tambahan bagi penerbitan bon runcit dan sukuk runcit dilanjutkan bagi tempoh tiga tahun lagi untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan pelabur, khususnya pelabur individu dalam pasaran modal.
Insentif itu termasuk potongan dua kali bagi kos tambahan penerbitan bon runcit dan potongan tambahan bagi kos tambahan penerbitan sukuk runcit menggunakan prinsip Ijarah dan Wakalah.
Kerajaan juga mencadangkan pemberian potongan dua kali bagi kos penerbitan sukuk runcit yang menggunakan prinsip Mudharabah, Musyarakah, Istisna', Murabahah dan Bai' Bithaman Ajil berasaskan tawarruq.
Layanan cukai semasa yang akan tamat pada akhir tahun ini, termasuk potongan dua kali bagi kos terbitan tambahan bon runcit dan potongan tambahan bagi kos terbitan tambahan sukuk runcit
Bernama
Fri Oct 23 2015

Potongan cukai bagi sukuk di bawah prinsip Ijarah dan Wakalah dicadangkan untuk dilanjutkan bagi tempoh tiga tahun lagi bermula tahun taksiran 2016 sehingga 2018. - Gambar Fail

Banjir Baling | Buat kandungan media sosial, polis boleh kenakan tindakan
Polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pihak yang berlegar-legar di kawasan banjir di Baling semata-mata untuk membuat kandungan media sosial. Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, tindakan boleh dikenakan kerana tindakan mereka menghalang tugas penjawat awam.

Gangguan Bekalan Air | Penduduk Pulau Pinang buat pembelian panik air mineral
Penduduk Pulau Pinang menyerbu kedai dan pasar raya bagi mendapatkan stok air mineral selepas mengalami gangguan bekalan air pada Rabu. Bekalan air di seluruh negeri itu terputus selama empat jam menyebabkan penduduk panik dan bertindak membeli air minuman dalam kuantiti yang banyak.

Pasukan Khas Jihad | Isu bekalan minyak masak, ayam, telur dibentang pada Khamis
Laporan terkini berhubung kedudukan bekalan minyak masak paket satu kilogram, ayam dan telur dalam pasaran akan dibentangkan dalam mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi pada Khamis. Ia akan dibentangkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

10 Berita Pilihan - (06 Julai 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

KBS salur hampir RM60 juta bagi pembangunan fasiliti sukan di Pahang
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntukkan hampir RM60 juta sehingga kini bagi kerja-kerja menyelenggara dan membangunkan fasiliti sukan di Pahang.

Isu bekalan minyak masak, ayam, telur dibentang dalam mesyuarat esok
Laporan terkini berhubung kedudukan bekalan minyak masak dalam paket satu kilogram, ayam dan telur dalam pasaran akan dibentangkan dalam mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi esok.

AWANI Ringkas: Kalwant Singh gagal rayuan, akan jalani hukuman mati Khamis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Annuar bertemu pegawai kanan kerajaan gembleng komunikasi strategik hadapi inflasi
Ia bagi merencana pengemblengan komunikasi strategik ketika seluruh dunia termasuk Malaysia berdepan dengan cabaran inflasi serta kenaikan harga barang.

AWANI Ringkas: OPR: Naik lagi 25 mata asas, kini 2.25 peratus
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Buat kandungan media sosial, polis boleh kenakan tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bajet 2016 cadang potongan cukai sukuk dilanjut sehingga 2018
Potongan cukai bagi sukuk di bawah prinsip Ijarah dan Wakalah dicadangkan untuk dilanjutkan bagi tempoh tiga tahun lagi bermula tahun taksiran 2016 sehingga 2018.