Pembentangan Bajet 2018 menjadi pelengkap kepada usaha kerajaan mengimbangi kepentingan kaum di negara ini.
Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, peruntukan 'ibu segala bajet' sebanyak RM280.25 bilion itu merupakan usaha bersepadu kerajaan Barisan Nasional (BN) menjaga kepentingan rakyat sejajar dengan pembangunan negara maju menjelang tahun 2050.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO telah mencipta rekod terbaik dalam sejarah pembentang bajet oleh kerajaan BN.
KLIK UNTUK LAPORAN LANJUT BAJET 2018
"Pembentangan Bajet 2018 membuktikan Perdana Menteri mengutamakan kepentingan, kebajikan dan masa depan rakyat tanpa mengira perbezaan etnik dan kaum.
"Ia menutup cerita-cerita karut dan harapan dongeng yang dipaparkan oleh Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
BACA: Dakwa kerajaan tiru pembangkang bukti mereka setuju Bajet 2018 - Salleh
BACA: Bajet 2018 peruntuk RM3.5 bilion untuk memperkasa Bumiputera
Katanya lagi, Bajet 2018 amat relevan dengan citarasa rakyat dan merangkumi kepentingan pelbagai golongan seperti sektor pendidikan, pertanian, peneroka, nelayan, petani, pesara, warga emas dan penjawat awam termasuk golongan wanita.
"Datuk Seri Najib turut memberi perhatian terhadap kepentingan kaum bumiputera termasuk Cina, India dan orang Asli dengan memberikan pelbagai inisiatif kearah meingkatkan tarah hidup mereka.
"Bagi pihak kepimpinan UMNO Bahagian Cheras, saya mengalu-alukan Bajet 2018 yang dikemukakan, realistik, holistik dan menjanjikan masa depan yang lebih gemilang untuk rakyat pelbagai kaum di negara ini," ujarnya.
Syed Ali yang juga Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) turut melahirkan rasa bangga terhadap keperihatinan kerajaan pimpinan Najib meningkatkan peruntukan sebanyak RM2.5 bilion untuk membina semula dan menaik taraf 2,000 sekolah daif.
"Perhatian terhadap pembangunan prasarana pembangunan sekolah amat penting bagi melahirkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.
"Selaku Pengerusi YPC, yang mana kita mempunyai lebih 30 buah sekolah-sekolah angkat termasuk sekolah pendidikan khas sekitar Parlimen Cheras, pengumuman itu amat dinanti-nantikan," katanya.
Syed Ali turut mengakui di kawasan bandar besar dan pinggir bandar masih terdapat sekolah-sekolah yang perlu dinaikkan taraf termasuk dari segi pembangunan pembelajaran dan aktiviti kokorikulum.
"Sekolah-sekolah terutama di Kuala Lumpur contohnya, masih ada yang memerlukan pembangunan fizikal yang seimbang, terutama membabitkan keperluan aktiviti ko-korikulum, pusat sumber dan makmal komputer.
"Saya turut menghargai peruntukan sebanyak RM2.9 bilion untuk bantuan makanan, buku teks, geran perkapita dan biasiswa kecil Persekutuan.
"Peruntukan tersebut akan meringankan beban golongan berpendapatan rendah terutama bagi penduduk di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar yang lain," katanya.
Syed Ali yang juga Pengerusi Kolej Antarabangsa YPC turut melahirkan rasa gembira dengan usaha kerajaan memberikan diskaun 20 peratus bagi penyelesaian penuh pinjaman PTPTN.
Langkah tersebut katanya akan meringankan beban pinjaman yang terpaksa ditanggung oleh pelajar selepas menamatkan pengajian mereka sama ada di peringkat diploma dan ijazah.
"Diskaun itu juga akan merangsang pemiutang PTPTN untuk melunaskan balik pinjaman yang telah mereka perolehi selama ini," ujarnya.
Tambahnya lagi, langkah kerajaan memperuntukkan RM200 juta untuk menaikkan jumlah pinjaman maksimun pelajar keluarga B40 juga akan memberi kesan yang lebih postif untuk pembangunan sektor pendidikan di IPTA dan IPTS.
"Saya juga bangga dengan inisiatif kerajaan pimpinan Najib yang turut memperuntukkan RM50 juta untuk membaik pulih dan penyelenggaraan sistem pendawaian di semua sekolah-sekolah tahfiz berdaftar di negara ini.
"Langkah tersebut menunjukkan kerajaan sememangnya bertanggungjawab dalam usaha meningkatkan perkembangan syiar Islam di negara ini dengan memberi perhatian serius terhadap kepentingan pusat-pusat tahfiz," jelasnya.
Dalam pada itu, beliau juga berkata pemberian Bayaran Khas sebanyak RM1,500 kepada imam, bilal dan guru Kelas Al-Quran dan Fafdhu Ain (KAFA) termasuk guru takmir membuktikan kerajaan BN tidak pernah meminggirkan kepentingan kumpulan tersebut.
"Dakwaan dan cemuhan pembangkang kononnya kerajaan BN terutama UMNO tidak prihatin terhadap kumpulan tersebut ternyata meleset sama sekali," tegasnya.
Katanya lagi, kesimpulannya ia belanjawan terbaik dalam sejarah pembentangan bajet yang secara jelas memberi tumpuan terhadap kebajikan dan harapan positif kepada rakyat pelbagai kaum di Malaysia.
Astro Awani
Sat Oct 28 2017
SYED ALI: Pembentangan Bajet 2018 membuktikan Perdana Menteri mengutamakan kepentingan, kebajikan dan masa depan rakyat tanpa mengira perbezaan etnik dan kaum. - Gambar fail
Abang Jo setuju cadangan syarat untuk pemohon PR di Sarawak
Dalam perkembangan lain Abang Johari bersetuju dengan cadangan untuk menetapkan syarat bagi komuniti peniaga dan pelabur yang mahu mendapatkan status Penduduk Tetap (PR) di Sarawak perlu memasukkan minimum dua juta ringgit ke dalam akaun deposit tetap negeri ataupun membeli hartanah bernilai 1.5 juta ke atas.
Kes denggi di Kedah membimbangkan, catat 1,550 kes pada ME16
Kes denggi di Kedah berada pada tahap membimbangkan apabila sejumlah 1,550 kes dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-16 tahun ini.
Kerajaan Sarawak tidak paksa penduduk pedalaman terima projek empangan Melata
Abang Johari berharap penduduk pedalaman Sarawak agar membuka minda dengan melihat kepada manfaat projek empangan melata yang penting bagi menghasilkan tenaga boleh diperbaharui di kawasan merfeka.
Sarawak akan jana tenaga hijau seratus peratus hijau
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan berbincang dengan SEB bagi membolehkan dua loji tenaga arang batu miliknya ditukar kepada loji bersumberkan biomass.
RM9 bilion KPS ganti paip lama seluruh negara
Kos diperlukan bagi menggantikan paip-paip lama seluruh negara mencecah sembilan bilion ringgit.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) berkata, kebocoran paip jadi penyumbang besar kepada Air Tidak Terhasil (NRW) iaitu 40 peratus daripada penghasilan air bersih.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) berkata, kebocoran paip jadi penyumbang besar kepada Air Tidak Terhasil (NRW) iaitu 40 peratus daripada penghasilan air bersih.
Kerajaan Sarawak tanggung kos pelajaran anak mendiang Joanna
Abang Johari memaklumkan nama dua anak mendiang Joanna akan didaftarkan di yayasan sarawak`bagi mendapat sokongan pendidikan.
Pelabur perlu deposit RM2 juta jika mahu berhijrah ke Sarawak - Abang Jo
Premier Sarawak bersetuju dengan cadangan bahawa pelabur yang berminat untuk berhijrah ke negeri itu perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM2 juta.
Tanabalan tiba di Madinah selepas 40 hari kembara motosikal
Tanabalan selamat tiba di Madinah pada Sabtu selepas memulakan kembara pada 20 Mac lepas.
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anjing kejar budak berjaya ditangkap, ada pemilik - PBT
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.
Keputusan UPKK Khamis depan
Keputusan UPKK Tahun 2024 boleh disemak pada 18 April bermula jam 12 tengah hari.
8,715 kelas KAFA sepenuh masa di Perak - MB
Sekolah-sekolah itu diurus tadbir oleh Jemaah Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada kalangan masyarakat setempat.
Kerajaan pusat serah peruntukan lebih RM64 juta menerusi Jakim kepada Sabah
Ia bagi membayar imbuhan tahunan dan elaun 6,857 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), imam, bilal, siak dan guru takmir di negeri itu.
LZS kutip RM562 juta zakat setakat Julai tahun ini
Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip zakat berjumlah RM562 juta sehingga Julai tahun ini, dengan RM89 juta daripadanya merupakan zakat perniagaan.
Penganjur acara diminta wujud garis panduan elak perlakuan kurang senonoh
Abdul Halim berkata ia penting bagi menjaga nilai dan akhlak peserta terutama yang beragama Islam sekali gus mereka menjadi contoh kepada masyarakat.
Belanjawan 2023: RM1.5 bilion peruntukan martabat syiar Islam - Anwar
Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM1.5 bilion sebagai usaha untuk memartabatkan syiar Islam.
Penyertaan 88 peratus pelajar, lima kelas KAFA tulen pastikan tiada keciciran - MB
Pelbagai usaha dilaksanakan bagi memperkasa institusi KAFA, di samping memastikan tiada pelajar yang tercicir daripada mengikutinya.
Annuar akan kembali ke arena bola sepak
Beliau berhasrat membantu pasukan TRW menghidupkan semula semangat 'gelombang merah' yang pernah disegani di negara sebelum ini.
Tarikh ujian penilaian kelas KAFA 2022 dipinda - Jakim
Tarikh pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) (Bertulis) yang dijadualkan pada 14 hingga 17 Nov depan dipinda kepada 28 Nov hingga 1 Dis berikutan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Guru KAFA Selangor enggan vaksin berdepan risiko ditamat perkhidmatan - MB
Tindakan tersebut perlu diambil bagi mengelak pelajar-pelajar KAFA terdedah kepada risiko dijangkiti COVID-19.