awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
MAS bakal umum pengganti Anderson pada bulan Mac - Andy
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2022: Cukai Makmur lebih adil berbanding windfall tax, tidak ganggu iklim pelaburan - Tok Pa

Firdaus Azil
Firdaus Azil
29/10/2021
11:34 MYT
Bajet 2022: Cukai Makmur lebih adil berbanding windfall tax, tidak ganggu iklim pelaburan - Tok Pa
Dengan kesemua langkah pencukaian sedia ada, termasuk Cukai Makmur, Mustapa berkata, kerajaan dijangka meraih hasil sekitar RM5 bilion. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Cadangan windfall tax oleh beberapa pihak sebelum ini, boleh menjejaskan iklim pelaburan kerana dilihat sebagai satu keadaan yang kurang adil, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Tetapi, kata Ahli Parlimen Jeli itu lagi, pelaksanaan Cukai Makmur, lebih bersifat lebih adil, dan meliputi semua syarikat yang pendapatan bercukai, sehingga RM100 juta pertama.
Dengan kesemua langkah pencukaian sedia ada termasuk Cukai Makmur, Mustapa berkata, kerajaan dijangka meraih hasil sekitar RM5 bilion dan hasil itu akan digunakan demi kemakmuran rakyat.
“Kesemua langkah pencukaian, hampir 40 kesemuanya akan menjana kenaikan hasil lebih RM5 bilion, besar juga sumbangan itu. Ia akan datang daripada syarikat-syarikat yang menikmati keuntungan, menikmati pendapatan bercukai lebih RM100 juta.
“Ini satu perkara adil dalam keadaan kita sedang menghadapi masalah di mana negara memerlukan sumber kewangan dan syarikat yang berjaya ini seharusnya memberi sumbangan secara one-off. Ini tidak akan jejaskan iklim pelaburan,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.
Terdahulu, dalam pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, melalui Cukai Makmur, syarikat dengan pendapatan bercukai sehingga RM100 juta pertama akan dikenakan cukai pendapatan pada kadar 24 peratus.
Manakala syarikat dengan pendapatan bercukai selebihnya, kata beliau, akan dikenakan cukai pendapatan pada kadar 33 peratus, bagi tahun taksiran 2022.
Dalam pada itu, Mustapa berkata, biarpun jumlah Bajet kali ini terbesar dalam sejarah iaitu RM332.1 bilion, sumbernya akan diperoleh daripada sumber domestik.
Topic Berkaitan
#bajet 2022
#Cukai Makmur
#Mustapa Mohamed
#windfall tax
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan