awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2022: Komitmen kesinambungan konsep Prihatin Rakyat - Muhyiddin

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
30/10/2021
06:14 MYT
Bajet 2022: Komitmen kesinambungan konsep Prihatin Rakyat - Muhyiddin
Muhyiddin optimis Bajet 2022 akan memastikan segala bentuk bantuan dan sokongan yang diumumkan akan sampai kepada sasaran khususnya kepada semua pihak dan sektor yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. - Gambar fail Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bajet 2022 yang dibentangkan pada Jumaat menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan kesinambungan konsep Prihatin Rakyat dalam menyalurkan bantuan terus kepada golongan yang terkesan, sama ada individu mahupun perniagaan dengan semangat kebersamaan dalam Keluarga Malaysia.
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau optimis Bajet 2022 akan memastikan segala bentuk bantuan dan sokongan yang diumumkan akan sampai kepada sasaran khususnya kepada semua pihak dan sektor yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Tegas beliau lagi, langkah tersebut amat penting dalam memastikan kejayaan tahun 2022 sebagai tahun pemulihan untuk Malaysia.
"Dengan berpaksikan kepada tiga strategi utama iaitu memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan, saya yakin Bajet 2022 akan terus memperkasa usaha-usaha pemulihan negara di bawah Pelan Pemulihan Negara yang sedang giat dijalankan.
"Bajet ini akan terus menyokong pemulihan negara melalui dasar fiskal yang mengembang dan dirangka berdasarkan keutamaan untuk memulihkan negara daripada kesan jangka panjang krisis pandemik terhadap sistem kesihatan awam dan struktur ekonomi.
"Ini adalah cerminan tekad kerajaan untuk mengembalikan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama," katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, bekas Perdana Menteri itu berkata, peruntukan kedua terbesar yang diberikan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) amat tepat bagi memacu pemulihan negara ke fasa endemik.
Justeru, kata Muhyiddin, penekanan pada sektor kesihatan bukan sahaja mampu menampung fasa endemik, sebaliknya, memperkukuh sistem kesihatan negara untuk menghadapi cabaran pandemik lain pada masa depan termasuk dari segi kapasiti hospital, fasiliti dan kepakaran.
"Peruntukan paling besar sebanyak RM52.6 bilion kepada Kementerian Pendidikan (KPM) pula menunjukkan keutamaan kerajaan terhadap aspek pembangunan modal insan termasuk penyediaan fasiliti dan akses pembelajaran yang masih menjadi masalah utama bagi murid di luar bandar.
"Saya berharap dana yang diperuntukkan misalnya untuk membaiki sekolah daif dapat disalurkan ke sekolah yang benar-benar memerlukan yang belum pernah mendapat bantuan kerajaan," tambah beliau.
Sehubungan itu, Muhyiddin menyeru agar semua rakyat Malaysia dapat bersatu padu dalam memastikan usaha pemulihan negara dapat berjalan dengan lancar, sekali gus dapat kembali merancakkan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat demi mencapai aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#bajet 2022
#Muhyiddin Yassin
#Keluarga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan