KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini selepas bacaan kali ketiga diputuskan menerusi undian suara.
Keputusan itu dimaklumkan oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun lewat petang tadi.
Bacaan ketiga RUU itu dibuat Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
"Tan Sri Yang Di-Pertua, saya mohon memaklumkan iaitu jawatankuasa telah menimbang usul yang diedarkan kepadanya dan bersetuju dengan usul itu.
"Saya mencadangkan bahawa dewan ini mengikut Subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 (Akta 406) membuat ketetapan iaitu sesuatu jumlah wang sebanyak tidak lebih RM77.6 bilion dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2022.
"Dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah maksud Pembangunan (P) dalam Senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2022 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 32 Tahun 2021.
"...adalah diuntukkan di bawah maksud-maksud yang berkenaan, jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu diruangan enam dan tujuh senarai tersebut," katanya ketika membentangkan bacaan ketiga RUU itu.
Kelulusan itu dibuat selepas Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), yang merupakan kementerian terakhir menjawab perbahasan di peringkat jawatankuasa.
Perbahasan di peringkat jawatankuasa bermula sejak 22 November lalu dan diluluskan menerusi undian suara melibatkan semua kementerian.
Satu pindaan telah dikemukakan Kementerian Kewangan (MOF) melibatkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), iaitu pengurangan berjumlah RM8.568 juta melibatkan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT).
Pada 18 November lalu, Dewan Rakyat meluluskan RUU Bajet 2022 di peringkat dasar selepas kurang 15 orang berdiri meminta undi belah bahagian.
Bajet 2022 yang dibentang Tengku Zafrul pada 29 Oktober lalu membolehkan kerajaan menggunakan dana di bawah Kumpulan Wang Disatukan untuk tujuan perbelanjaan negara bagi tahun depan.
Bajet 2022 menyediakan peruntukan tertinggi dalam sejarah dengan jumlah RM332.1 bilion bagi menyedia dan merancang pelbagai strategi serta inisiatif bagi mensejahterakan rakyat dan membangunkan ekonomi yang makmur serta mampan.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Dec 13 2021

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengemukakan bacaan ketiga RUU Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat hari ini. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Hamas puji pendirian negara-negara Eropah
Hamas memuji beberapa negara Eropah yang menuntut genosid yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dihentikan.

Nahas FRU: Enam mangsa masih dirawat, seorang dibenar keluar hospital semalam
Lima daripada anggota itu dirawat di Hospital Teluk Intan (HTI) dan seorang di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
Amerika Syarikat timbang program realiti tv berkait kewarganegaraan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri A.S sedang menilai cadangan rancangan realiti TV yang menampilkan pendatang bersaing untuk meraih kewarganegaraan Amerika melalui pelbagai cabaran.

1,500 kanak-kanak sertai Program Haji Kids Peringkat Negeri Melaka 2025
Program menghimpunkan lebih 1,500 penyertaan kanak-kanak, bukan sahaja dari negeri Melaka, malah mendapat sambutan luar biasa dari keluarga yang datang dari luar.
Dua warga Singapura ditemui mati di rumah inap
Dua warga Singapura ditemui meninggal dunia dalam keadaan mencurigakan di sebuah rumah inap di Jalan Nadchatiram, Taman Taynton View, Cheras, pada Jumaat.
[TERKINI] 71 sekolah dibenar laksana PDPR sempena Sidang Kemuncak ASEAN
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengenal pasti sebanyak 71 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan diberikan kebenaran melaksanakan PDPR sempena sidang kemuncak ASEAN ke-26.

PBB rancang sambung semula penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza
PBB kini mempunyai 160,000 palet bantuan yang sedia dihantar jika diberi kebenaran.

Wartawan Sepanyol kongsi Fabio Gonzalez sertai JDT
Pemain tengah CD Tenerife, Fabio Gonzalez, difahamkan telah menyertai kelab gergasi tanah air, Johor Darul Tazim (JDT).
AWANI Ringkas: Musim Haji |Kebajikan Guru KAFA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sebanyak 11,272 kes di Malaysia dari ME1 sehingga Sabtu lepas
KKM mengesahkan situasi COVID-19 di Malaysia kekal terkawal dengan 11,727 kes direkodkan setakat ME19/2025, sambil meneruskan pemantauan aktif dan langkah pencegahan berterusan.

Naikkan kadar RMT ke RM4, libatkan sekali M40 yang memerlukan - Maszlee
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, berdasarkan keadaan semasa, ia perlu dinaikkan kepada kadar yang berpatutan iaitu RM4.

Atlet berprestasi tinggi diberi keutamaan sertai tiga temasya sukan - KBS
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan atlet berprestasi tinggi akan tetap diberikan keutamaan bagi menghadapi tiga temasya sukan antarabangsa tahun depan.

Moody's Analytics unjur ekonomi Malaysia meningkat semula pada suku keempat
Bajet 2022 yang membabitkan peruntukan besar, akan turut membantu dari segi menampung pemulihan ekonomi dalam tempoh pasca-pandemik COVID-19.

Bajet 2022 kepada Parlimen adalah kecil, tidak signifikan untuk agenda transformasi - REFSA
Menurut Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA) Fakhrurrazi Rashid, peruntukan JPM dalam Belanjawan 2022 hampir 80 kali ganda lebih besar berbanding peruntukan parlimen.

Bank Dunia saran laksana lebih banyak langkah berstruktur untuk tingkatkan hasil kerajaan
Langkah berstruktur atau lebih mampan diperlukan apabila melibatkan usaha untuk meningkatkan hasil kerajaan pada masa depan.

Bajet 2022: Kenapa penjawat awam dapat bantuan khas RM700? Ini jawapan Tengku Zafrul
Ada yang berpendapat ia tidak adil memandangkan penjawat awam tidak begitu terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat COVID-19.

Bajet 2022: Agenda AWANI eksklusif bersama Menteri Kewangan malam ini
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bakal memperincikan naratif Bajet 2022.

Bajet 2022 percepat pemulihan sektor kreatif, seni dan budaya - MyCreative
MyCreative menyambut baik peruntukan RM288 juta untuk pelbagai inisiatif merancakkan industri kreatif melalui pembentangan bajet 2022.

Bajet 2022: Belanjawan negara bersifat inklusif - Hajiji
Sabah menyifatkan pembentangan Bajet 2022 hari ini sebagai inklusif dan tidak membelakangkan mana-mana sektor ketika negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.

Bajet 2022: Pengecualian sepenuhnya duti import, duti eksais, cukai jualan kenderaan elektrik
Kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV).