MALAYSIA

Bajet 2022: MoF tampil kreatif, ajak belia kongsi idea menerusi TikTok

Eton Khir 07/09/2021 | 09:45 MYT
Tengku Zafrul berkata, orang ramai hanya perlu muat naik video berdurasi satu minit dengan menggunakan tanda pagar #MyInclusiveBudget dan #Bajet2022. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) tampil dengan idea lebih kreatif dan segar apabila menggunakan aplikasi TikTok bagi menggalakkan golongan belia menyumbang idea menjelang pembentangan Bajet 2022 yang dijadual 29 Oktober ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi video di aplikasi TikTok berkata, orang ramai hanya perlu muat naik video berdurasi satu minit dengan menggunakan tanda pagar #MyInclusiveBudget dan #Bajet2022.

Sumber Facebook tzafrulaziz

Jelas beliau lagi, selain TikTok mereka juga boleh berkongsi idea menerusi portal MoF sebelum 15 September.

Tengku Zafrul menambah, MoF akan cuba sedaya upaya untuk merealisasikan hasrat belia Malaysia bagi menjamin pembentangan Bajet 2022 memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat dan memberi maklum balas selaras dengan dasar dan objektif negara.

Aplikasi TikTok terkenal dengan kandungan yang menyeronokkan dan lebih padat dan popular dalam kalangan golongan muda.



#Tengku Zafrul #bajet 2022 #TikTok #golongan muda