awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Warga emas mengaku tidak bersalah miliki bahan letupan di Nilai
Enam termasuk tiga beradik didakwa tetak tiga lelaki di depan restoran
JKDM catat kutipan hasil RM76.18 bilion pada 2025, lebih RM8.93 bilion daripada sasaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2022: Najib syor laksana pengampunan, pelepasan cukai kepada pendapatan luar negara

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
01/11/2021
08:19 MYT
Bajet 2022: Najib syor laksana pengampunan, pelepasan cukai kepada pendapatan luar negara
Menurut Najib, pengampunan dan pelepasan cukai sekali gus boleh mengalakkan wang dibawa balik untuk dilaburkan dalam ekonomi tempatan.
KUALA LUMPUR: Kerajaan disyorkan melaksanakan pengampunan dan pelepasan cukai ke atas syarikat-syarikat yang memperoleh pendapatan di luar negara.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, langkah tersebut boleh mengelakkan syarikat-syarikat tersebut menyimpan pendapatan mereka di luar negara bagi mengelakkan dikenakan cukai.
Ahli Parlimen Pekan itu menambah, ia sekali gus boleh mengalakkan wang dibawa balik untuk dilaburkan dalam ekonomi tempatan.
"Kehilangan dana ini dari ekonomi tempatan akan pasti menjejaskan pembangunan negara kita. Saya cadangkan kerajaan melaksanakan pengampunan cukai dan pelepasan cukai bagi mereka yang bawa balik dana yang disimpan mereka di luar negara.
"Dengan syarat 30 peratus daripada dana yang dibawa pulang dilabur dalam pasaran ekuiti, hartanah atau perniagaan tempatan pada tahun pertama ianya dibawa balik.
"Pemulangan dana besar mampu menjadi satu suntikan kepada ekonomi tempatan yang pasti menguntungkan negara," katanya ketika membahaskan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Najib Razak
#bajet 2022
#Pengampunan cukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan