awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2022: Wujudkan Tabung Pinjaman Agrofood dengan peruntukan RM5 bilion - Jawatankuasa Pertanian PH

Astro Awani
Astro Awani
20/09/2021
07:31 MYT
Bajet 2022: Wujudkan Tabung Pinjaman Agrofood dengan peruntukan RM5 bilion - Jawatankuasa Pertanian PH
Jawatankuasa Pertanian Pakatan Harapan (PH) yang mengemukakan cadangan itu berpandangan ia wajar disenaraikan dalam Bajet 2022 yang akan dibentangkan tidak lama lagi. - Foto Facebook/Salahuddin Ayub
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mewujudkan Tabung Pinjaman Agrofood dengan nilai peruntukan berjumlah RM5 bilion bagi menyelesaikan masalah kenaikan harga makanan.
Jawatankuasa Pertanian Pakatan Harapan (PH) yang mengemukakan cadangan itu berpandangan ia wajar disenaraikan dalam Bajet 2022 yang akan dibentangkan tidak lama lagi.
Mengambil contoh kenaikan harga ayam ketika ini, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata industri penternakan ayam di Malaysia berdepan dengan kapasiti pengeluaran yang terhad berikutan kebanyakan mereka masih mengamalkan penternakan ayam secara tradisional.
"Sebenarnya, Tabung Pinjaman Agrofood ini bukanlah perkara baharu. Semasa pentadbiran PH, kami telah menyediakan tabung ini dalam Belanjawan 2020.
"Kerajaan Perikatan Nasional (PN) 1.0 (semasa pentadbiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin) juga meneruskan tabung tersebut dengan memperuntukkan RM1 bilion pinjaman.
"Bagaimanapun, saiz tabung ini dikatakan terlalu kecil dengan pelbagai sekatan syarat termasuk RM5 juta pinjaman maksimum sahaja. Masalah birokrasi ini juga menjadi batu penghalang dan tidak membantu pengusaha yang ingin meningkatkan produktiviti secara besar-besaran," katanya dalam sidang akhbar di Parlimen pada Isnin.
Sidang akhbar itu turut dihadiri tiga lagi ahli Parlimen PH, Sim Tze Tzin (Bayan Baru); Kesavan (Sungai Siput) dan Sivakumar (Batu Gajah).
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, selaras itu, Jawatankuasa Pertanian PH mendesak kerajaan memberi fokus semula kepada sektor pertanian dengan mewujudkan tabung berkenaan serta melonggarkan syarat dan terma yang membebankan petani.
Topic Berkaitan
#agrofood
#bajet 2022
#Pakatan Harapan
#Jawatankuasa Pertanian Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan